awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah Budaya tarikan terbaharu Menara KL

Siti Hajar Jamaludin, Nisreen Nadiah
Siti Hajar Jamaludin, Nisreen Nadiah
30/04/2019
13:28 MYT
Rumah Budaya tarikan terbaharu Menara KL
Dr Siti Hasmah mendengar penerangan mengenai busana yang dipamerkan daripada Erma selepas merasmikan Rumah Budaya (Culture House) di Menara Kuala Lumpur, hari ini. --fotoBERNAMA
Budaya di Malaysia sangat unik dan pelbagai, tetapi malangnya, menurut Erma Fatima, tiada tempat yang khusus untuk para pelancong berkunjung bagi mengenali dan merasai sendiri kepelbagaian tersebut.
Menganggapnya satu peluang keemasan, pelakon, pengarah dan penerbit terkenal itu menyahut cabaran untuk menjadi peneraju Rumah Budaya atau Culture House, yang merupakan tarikan terbaharu di Menara Kuala Lumpur (Menara KL).
“Saya memilih Menara KL kerana ia merupakan tempat tumpuan pelancong dan dalam rekod mencatatkan seramai 3,000 orang pelancong berkunjung ke sini setiap hari,” katanya selaku Ketua Pengarah Eksekutif Rumah Budaya itu.
Beliau bercakap pada sidang media selepas majlis perasmian premis itu yang disempurnakan isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada Selasa.
Rumah Budaya itu merupakan satu platform untuk memperkenalkan pakaian, tarian serta makanan negara ini kepada pelancong luar.
Erma berkata dia mendapat inspirasi selepas melihat pakaian tradisional Jepun dan Korea yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelancong yang berkunjung ke negara mereka.
Rumah Budaya itu juga, katanya, menjadi pusat sehenti untuk jualan produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) dan kraftangan oleh usahawan tempatan.
Sementara itu Dr Siti Hasmah dalam ucapannya menggalakkan wanita Malaysia yang bertugas di luar negara supaya memakai pakaian tradisional seperti baju kurung, baju kebaya atau baju batik untuk ke majlis rasmi.
"Bila kita pakai pakaian tradisi kita, lebih senang orang mengenali kita dan kita berasal dari negara mana," katanya.
Topic Berkaitan
#budaya
#Culture House
#Erma Fatima
#Jepun
#Korea
#Menara Kuala Lumpur
#pakaian tradisional
#pelancongan
#Rumah Budaya
#Siti Hasmah Mohamad Ali
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan