JIKA anda berkunjung ke Sarawak, tidak lengkap kiranya kalau tidak menikmati makanan yang menjadi kebanggaan masyarakat di Bumi Kenyalang ini.
Ada sesetengah makanan di sini memang sukar untuk dijumpai di Semenanjung, jadi bila anda berpeluang ke Sarawak, jangan lupa untuk mencuba makanan-makanan yang penulis senaraikan ini ya, nang nyaman (memang nyaman).
1. Laksa Sarawak
Laksa ini berbeza dengan laksa-laksa yang terdapat di Semenanjung. Ia merupakan hidangan yang cukup popular di Sarawak dan selalunya dimakan pada waktu pagi.
Supnya berasaskan udang dan ayam, dan direbus dengan santan dan pes khas yang mengandungi pelbagai aromatik seperti belacan, asam jawa, serai, herba dan rempah ratus, selain bahan buatan sendiri.
Kuah dituangkan ke atas bihun beras dan dimakan bersama ayam cincang, kepingan telur dadar, taugeh dan udang. Ia juga dihidangkan bersama limau nipis dan sambal belacan.
Apabila digaulkan kesemuanya, anda akan dapat merasakan sajian yang sungguh berlemak dengan sedikit rasa masam dan pedas. Kena cuba!
2. Mi kolok
Selain laksa, mi kolok juga antara hidangan popular dan banyak dihidangkan di kedai-kedai di Sarawak.
Kata orang, datang Sarawak tidak lengkap kalau tidak mencuba mi kolok.
Jangan risau, ia tidak sukar untuk dicari, penulis pasti kedai-kedai terpencil di tepian jalan juga ada menghidangkannya.
Ia menggunakan mi sanggul dan dihidangkan bersama sup dan kicap, selain dihidangkan bersama hirisan daging ataupun ayam yang telah direbus terlebih dahulu. Memang terliur!
Tidak dinafikan, mi kolok semakin popular di Semenanjung dan ramai yang telah jatuh cinta akan rasa enaknya, termasuk penulis sendiri.
3. Umai
Kalau di Jepun ada hidangan sushi atau sashimi, di Sarawak pula ada umai. Ia merupakan hidangan salad ikan mentah yang popular dalam kalangan orang Melanau, namun digemari hampir seluruh masyarakat Sarawak.
Bahan-bahannya ialah hirisan ikan segar bersama bawang merah, cili dan disatukan dengan cuka, garam dan perahan air limau nipis, menjadikan makanan laut ini ‘masak’ secara semula jadi.
Ia enak dimakan bersama nasi putih panas dan dikatakan pernah menjadi hidangan khas para nelayan.
4. Linut
Satu lagi makanan tradisional popular oleh masyarakat Melanau ialah linut yang telahpun menjadi kegemaran ramai di Sarawak.
Cara pembuatannya mudah sahaja namun memerlukan teknik yang betul. Diperbuat daripada tepung sagu yang dicampurkan dengan air panas yang mendidih, lalu dikacau sebati sehingga kental umpama jeli dan likat seperti gam.
Anda boleh menikmati linut bersama beberapa jenis lauk seperti terung iban, sambal belacan dan sayur midin. Ia juga boleh menggantikan nasi.
5. Kek lapis Sarawak
Kek lapis Sarawak sudah tidak perlu diperkenalkan lagi, namun apa yang ingin dikongsikan kali ini mungkin bakal menjadi pengalaman yang berharga untuk sesetengah orang.
Jika anda ingin melihat demo pembuatan kek lapis secara langsung termasuk cuba membuatnya sendiri, berkunjunglah ke Kek Lapis Warisan Sdn Bhd yang terletak di No.24 Lot 149, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, 93400 Kuching Sarawak.
Selain menggalakkan orang ramai mempelajari proses pembuatan kek lapis yang menjadi resipi turun-temurun di sini, anda juga dapat belajar secara terus dengan bimbingan pekerja yang sudah mempunyai puluhan tahun pengalaman dalam pembikinan kek lapis.
Di kedai ini terdapat dua jenis resipi kek lapis, iaitu tradisional dan moden. Bagi perisa tradisional seperti perisa Hati Pari, Lumut, Masam Manis dan Buah.
Manakala, perisa moden seperti Cadbury, Almond Cheese, Chocolate Cheese dan Rainbow Cheese.
Ia juga mempunyai pelbagai corak dan kemasan yang dicipta bagi memenuhi pasaran dan citarasa masyarakat.
Kira-kira 300,000 kek lapis dihasilkan di kedai ini dalam tempoh setahun dan jumlah itu mungkin bertambah semasa perayaan-perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Krismas, Hari Gawai, Hari Dayak dan Tahun Baru Cina.
Makanan tradisional masyarakat Sarawak sememangnya unik dan mempunyai kisah tersendiri.
Ia turut menjadi kebanggaan sejak zaman-berzaman dan wajar dikekalkan rasa autentiknya agar generasi akan datang dapat sama berbangga dengan khazanah ini.
**Semua makanan yang disenaraikan di atas adalah yang sempat penulis nikmati semasa mengikuti Program Lawatan Ekspresi Media Influencer Cuti-Cuti Malaysia-Sarawak anjuran Tourism Malaysia dari 9 hingga 13 November lalu.
Ehsan A Marisah
Thu Dec 29 2022
Antara hidangan popular masyarakat Sarawak. - Foto Astro AWANI
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Sampai Sarawak wajib cuba sajian autentik ini, nang nyaman!
Ia menjadi kebanggaan sejak zaman-berzaman dan wajar dikekalkan rasa autentiknya agar generasi akan datang dapat sama berbangga dengan khazanah ini.