KUALA LUMPUR: Jenama teknologi terkemuka, Samsung Electronics Co., Ltd hari ini melancarkan Galaxy S23 Series dengan tiga pilihan, iaitu Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S23.

Ketua Mobile eXperience (MX) Samsung Malaysia Elctronics Sdn Bhd, KM Liew berkata, siri berkenaan hadir dengan kamera dipertingkatkan dan ekosistem canggih yang menjadikan pengalaman pengalaman digital pengguna lebih lancar.

“Kami menggandakan asa sedia ada dengan menjadikan kameranya lebih pintar, prestasi lenih pantas serta berkuasa, malah ketersambungan ekosistem menjadi lebih lancar berbanding (model) sebelum ini,” katanya.

Galaxy S23 Series dilengkapi kamera dengan ciri ‘Nightography’ dipertingkat, selain mempunyai 200 megapiksel sensor piksel adaptif yang membolehkan setiap gambar dan video diambil dengan lebih jelas serta terang pada waktu malam.

Di samping itu, ia turut hadir dengan Amoled dua kali kadar penyegaran sehingga 120Hz dan pembaca cap jari bawah paparan.

Malah, ia dikuasakan oleh pemproses Snapdragon 8 Gen 2 dengan Galaxy S23 Ultra mempunyai ketahanan bateri 5000 mAh, selain S23+ dan S23 mempunyai ketahan bateri 3,900 mAh dan 4,700mAH masing-masing.

Galaxy S23 Ultra juga mempunai 6.8 inci skrin, manakala S23+ dan S23 masing-masing berukuran 6.6 inci dan 6.1 inci.

Gergasi elektonik itu juga masih mengekalkan S Pen dalam siri kali ini dan mengutamakan reka bentuk yang lebih mesra alam.

Galaxy S23 Series juga mempunyai pelbagai jenis bahan kitar semula yang lebih luas daripada mana-mana telefon pintar Galaxy yang lain, termasuk aluminium dan kaca kitar semula pra-pengguna dan plastik kitar semula pasca pengguna yang diperoleh daripada jaring ikan yang dibuang, botol PET dan tong air.



Siri kali ini hadir dengan empat pilihan warna, iaitu Phantom Black, Cream, Green dan Lavender dengan Galaxy S23 dan S23+ dari RM3,899 dan Galaxy S23 Ultra dari RM5,699.

Pratempah bermula hari ini di laman rasmi Samsung Malaysia dan berpeluang mendapat naik taraf storan berganda bernilai sehingga RM500 dan e-baucar RM400.