Selepas akui berjaya 'lari sementara' dari Port Dickson untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pelaburan, Malaysia: A New Dawn di Kuala Lumpur, kini Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali beraksi di Port Dickson menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) P.132 itu.

Selain bertemu pengundi, beliau turut memilih 'bertemu' sampah sarap yang mencemarkan pantai di Port Dickson.

Kata Anwar menerusi muat naik di Instagram dengan kapsyen, "pantai bersih, Port Dickson indah. Kebersihan pantai tanggungjawab kita semua! Port Dickson ku indah tanpa sampah."


Memang jadi lumrah kita di Malaysia, apabila sebut Port Dickson, pastinya percutian pantai difikiran.

Tapi apa gunanya pergi bercuti, tapi sekadar indah nama dari rupa?

Jadi, wajarlah kepada calon PRK Port Dickson memfokuskan bukan sahaja kesejahteraan rakyat malah kelestarian alam.

Tak gitu, Datuk Seri?