MESKIPUN bulan Ramadan sudah memasuki tempoh dua per tiga, masih belum terlewat untuk kita menilai semula corak pemakanan yang diamalkan.
Mungkin manfaat memilih corak pemakanan yang baik bukan saja dapat diperoleh sepanjang Ramadan masih berbaki, malah dapat terus diamalkan jika ada yang mahu menyambung amalan puasa enam pada bulan Syawal nanti.
Terdapat ramai antara kita yang mula mementingkan gaya pemakanan seimbang serta bersesuaian dengan keperluan tubuh, khususnya untuk beberapa bulan ini.
Antara soalan yang sering ditanyakan adalah seperti ‘apakah pilihan makanan dengan zat yang sesuai untuk kekal bertenaga?’, ataupun bagi yang berdiet, mereka akan bertanyakan sama ada pemakanan yang diikuti berkesan untuk hasrat tersebut.
Jika masih ragu-ragu, ini sedikit tip yang dipetik dari Khaleej Times untuk anda menyusun pemakanan untuk sahur dan berbuka disamping mengekalkan tenaga yang mencukupi sepanjang hari.
Makanan yang perlu diambil ketika sahur:
- Kaya PROTEIN: Telur - Ia bukan sahaja membantu membekalkan tenaga, malah ia boleh dihidangkan dalam pelbagai jenis makanan.
- Kaya SERAT: Oat - sangat sesuai dimakan ketika sahur. Serat larut bertukar menjadi gel di dalam perut dan melambatkan penghadaman, yang membantu mengurangkan kolesterol dan glukosa darah, sempurna untuk memastikan anda bertenaga sepanjang puasa anda.
- Kaya KALSIUM & VITAMIN: Produk tenusu - salah satu makanan yang kaya dengan nutrisi. Pilihan lain seperti yogurt smoothies atau susu vanila/ susu bersama madu untuk memstikan perut sentiasa kenyang dan kekal hidrasi sepanjang hari.
Makanan yang perlu dielakkan ketika sahur:
- RENDAH Karbohidrat: Ia hanya mampu bertahan 3 hingga 4 jam dan rendah nutrisi penting - gula, tepung putih, pastri, donat, croissant.
- BERGARAM: Ketidakseimbangan sodium dalam badan akan membuatkan anda dahaga. Oleh itu cuba elakkan makanan seperti kacang, jeruk dan makanan yang mengandungi sos soya.
- Minuman BERKAFEIN: Kopi mempunyai kafein yang membawa kepada insomnia dan kegelisahan. Di samping itu, ia tidak hidrat dan membuatkan anda merindukan air sepanjang hari.
Apa yang perlu diambil ketika berbuka puasa:
- Buah yang kaya POTASIUM: Kurma adalah makanan yang sangat baik untuk memecahkan puasa anda. Ia bukan sahaja membantu menghidrat dengan cepat, tetapi memberi tenaga dengan segera untuk membuat anda segar selepas berpuasa sepanjang hari.
- AIR: Minum air atau jus sebanyak mungkin antara Iftar dan waktu tidur untuk mengelakkan dehidrasi.
- KACANG mentah: Badam mengandungi lemak yang baik dan penting, terutamanya apabila badan mendambakan lemak selama beberapa jam berpuasa. Ia adalah pembuka yang sempurna - membantu anda berasa penuh dan terkawal.
- SAYUR-SAYURAN: Timun, salad, dan sayur-sayuran lain adalah serat yang tinggi dan sarat dengan kebaikan sifat-sifat penghidratan. Ia bukan sahaja membantu menyejukkan badan, tetapi juga merupakan pilihan yang baik untuk menjaga kulit, sihat dan mengelakkan sembelit semasa Ramadan.
Apa yang perlu dielakkan ketika berbuka puasa:
- Minuman BERKABORNAT: Elakkan minuman bergas dan berkarbornat. Sebaliknya minumlah air mineral atau kelapa untuk menghilangkan dahaga.
- Tinggi GULA: Makanan yang tinggi gula seperti gula-gula dan cokolat wajar dielakkan Ia adalah sumber penambahan berat badan yang segera dan boleh membawa kepada kerumitan jika dimakan setiap hari.
- BERGORENG: Makanan berminyak dan bergoreng seperti samosa perlu dielakkan. Juga elakkan kari berminyak dan pastri berminyak untuk meraih manfaat yang sihat semasa Ramadan.
Puasa di bulan Ramadan dapat meningkatkan kesihatan seseorang, namun ia akan lebih berhasil sekiranya dilakukan dengan cara yang betul.
Jika tidak, ia boleh menyebabkan lebih banyak kemudaratan daripada kebaikan.
Walau apapun, beringatlah bahawa Ramadan adalah bulan untuk meraih ganjaran dan manfaat, selain meningkatkan hubungan rohani anda.
Agensi
Sat Jun 02 2018
Apa yang anda gemar makan ketika waktu berbuka puasa? Adakah pilihan anda itu yang terbaik? - Gambar hiasan
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Diabetes: Jangan tunggu usia 40-an, lakukan pemeriksaan seawal mungkin
Walaupun usaha untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan gaya hidup lebih sihat terus dilakukan, kelaziman diabetes di Malaysia terus meningkat.
Hayati Nuzul Quran, terus bersederhana dan jaga kesihatan
Berpuasa serta amalan sunat seperti solat tarawih dan membaca al-Quran juga dapat memberi ketenangan kepada minda.
Amalkan tip ini jika mahu otak anak anda lebih 'power'
Diet Mediterranean terbukti melindungi otak anda daripada penurunan fungsi kognitif dan memori otak.
Diabetes: Ramai ambil mudah sebab hanya 'nampak' apabila sudah mudarat - Pakar
Sikap ambil mudah menjadi penyebab angka penghidap penyakit diabetes di Malaysia terus menunjukkan peningkatan setiap tahun.
Rahsia Bahrum Basar kekal gagah pada usia satu abad
"Dalam ilmu perantauan saya pegang, makan pada waktu lapar dan minum waktu haus. Kita tahu sukat berapa banyak yang perlu..."
Cara bersih, kikis wax pada buah - Penting untuk elak batuk, sakit tekak
BUAH antara snek yang bagus dan mempunyai banyak khasiat serta vitamin.
"Tiada dalam buku perubatan - tak boleh makan durian selepas cucuk vaksin" - Dr Noor Azmi
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali perbuatan itu sangat tidak bertanggungjawab dan boleh mengelirukan orang lain.
Syarul tenang atur perancangan hadapi tiga kejohanan penting
Atlet berusia 48 tahun itu menggunakan penggalamannya untuk kekal disiplin dan memantau kualiti ototnya tanpa memasuki gelembung sukan.
Haji: Arab Saudi masih belum keluar kenyataan rasmi - Zulkifli
Bagaimanapun, Zulkifli berkata, Malaysia perlu bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.
Scotts lancar suplemen tambahan anak-anak dengan tiga perisa
Suplemen itu diformulasi dengan perisa seperti strawberi, oren dan blackcurrant. ketiga-tiga perisa itu terdapat dalam bentuk berbeza, iaitu bentuk ikan, sotong dan ketam.