Selain cendol, ini antara makanan yang jadi pertikaian antara Malaysia, Singapura, Indonesia

Asyraf Roslan
Disember 6, 2018 03:54 MYT
Nasi Lemak dan Nasi Goreng antara yang pernah menjadi salah faham antara negara - Astro AWANI
MAKANAN merupakan antara nikmat syurga dunia buat semua masyarakat.
Tanpa mengira batas umur, jantina, kaum dan agama, makanan mampu memberi satu keajaiban kepada masyarakat setempat.
Baru-baru ini portal CNN dalam satu artikelnya 50 of the world's best desserts melaporkan cendol yang sedap berasal dari Singapura. Menurut CNN, tambahan kacang merah membuatkan rasa cendol di Singapura lebih klasik dan lazat.
Bagaimanapun, tahukah anda ada beberapa makanan lain yang bukan sahaja sering mencetuskan salah faham antara negara, bahkan turut menyatukan semua negara di Asia Tenggara?
Nasi lemak
Nasi lemak misalnya merupakan antara makanan yang sering menjadi pilihan kepada masyarakat untuk sarapan pagi. Nasi yang dimasak bersama santan dan dihidang bersama kacang, ikan bilis, telur dan sambal sememangnya memberikan keterujaan kepada mereka yang menikmatinya. Tetapi persamaan antara nasi lemak dan nasi uduk telah menimbulkan salah faham antara Malaysia dan Indonesia.

Di Malaysia namanya "nasi lemak" || Di Indonesia namanya "nasi uduk" ( bentuk sama tapi beda rasa ) #IndonesiaMalaysia pic.twitter.com/MJPbW7N6

— Indonesia+Malaysia (@Bangsa_Serumpun) February 23, 2012
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Nasi goreng
Nasi goreng juga merupakan antara makanan yang menjadi kegemaran masyarakat. Dimasak panas-panas dengan pelbagai pilihan, nasi goreng sangat sesuai dijadikan juadah untuk sarapan dan juga makan malam. Juadah ini juga menjadi pertikaian antara negara-negara asia mengenai asal usulnya.

Nasi goreng berasal dari Malaysia ke Indonesia? Ke dia berasal dari Indonesia sebab bibik je yang masak dekat Malaysia ni?#Berfikir

— Thinker Studios (@ThinkerStds) October 12, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Popia
Popia merupakan makanan yang amat popular dalam kalangan kaum Cina di Malaysia. Mempunyai variasi dalam intinya, popia juga dihidang dengan pelbagai cara antaranya popia sira, popia goreng dan juga popia basah. Juadah yang asal dari Negara Tembok Besar itu dibawa ke Asia Tenggara namun ia tetap menjadi perbalahan antara negara kerana kuih tersebut.

Demo depan Kedutaan Besar Malaysia untuk menyelamat lumpia ( popiah ) Indonesia di guna oleh Malaysia pic.twitter.com/LibGE8zr47

— Zahrain Mohd Hashim (@dzahrain) February 20, 2015
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
BACA : Aktivis budaya Indonesia dakwa popiah bukan makanan warisan Malaysia
BACA : Isu popia: Chef Wan selar golongan demonstrasi sebagai cetek akal
Rendang ayam
Rendang ayam amat popular ketika musim perayaan terutamanya semasa Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh umat Islam seluruh dunia. Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei pernah bersatu menentang juri-juri Master Chef dari United Kingdom apabila seorang peserta dari Malaysia, Zaleha Kadir Olpin memasak hidangan rendang ayam yang dikatakan tidak ranggup.

Komentar juri MasterChef United Kingdom, Gregg Wallace mengenai rendang ayam harus berkulit garing memicu kontroversi. Netizen dari Indonesia, Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam kemudian bersatu untuk membenarkan jika https://t.co/B9vDsVnXaF pic.twitter.com/vl26ntETf9

— Medan Indonesia (@medan) April 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Yang selalu debat makanan atau kesenian asal dari Malaysia atau Indonesia ni pun satu hal. Negara Malaysia dan Indonesia ni pun hanya wujud 60-70 tahun je sedang rendang, sate, kuda kepang, dah lama ada di 'Nusantara'. Inggeris-Belanda yang memblokkan nusantara.

— Lovers_Gonna_Hate (@ronasina) April 3, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Aidilfitri #Brunei #cencol #Indonesia #Malaysia #nasi goreng #nasi lemak #popia #rendang #rendang ayam #Singapura #Twitter #United Kingdom