KUALA LUMPUR:Faktor kebahagiaan rumah tangga antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali adalah sikap bertoleransi.
Dr Mahathir mendedahkan, apabila ada sikap toleransi ia akan melengkapkan lagi hubungan antara suami dan isteri.
“Selalu orang perempuan ni bersiap dan bersolek lambat, kadang-kadang dia (Siti Hasmah) bersolek lebih satu jam.
“Awal-awal dulu marahlah, berkelahi, tapi apa nak buat itu cara dia, saya kena terima. Dia juga kena terima cara saya,” dedah Tun Dr Mahathir ketika ditemubual eksklusif dalam program AWANI Pagi pada Ahad.
Sikap saling menerima kelebihan dan kekurangan pasangan akan membuatkan rumah tangga itu bertambah seri.
Jelasnya, walaupun ada perselisihan faham, ia perlu diselesaikan dengan baik.
“Mungkin bagi suami isteri, pada mula-mula perkenalan semua baik, bila dah lama mungkin ada saja nak marah, tapi saya berasa bertanggungjawab.
“Kalau keluarga pecah, apa nasib anak-anak, itu yang sentiasa saya ingatkan supaya kita sentiasa bersikap tolak ansur,” katanya lagi.
Jelas Tun Mahathir, sikap peribadi beliau dan Siti Hasmah sangat berlainan, namun kelainan itu sebenarnya saling melengkapi.
“Semua orang ada cara mereka yang boleh membosankan orang lain atau buat orang rasa tak seronok dengan sikap kita.
“Saya dan Hasmah sikap kami sangat berbeza, dia tak perfect dan saya juga tak perfect, jadi kita terima seadanya, dan bertolak ansur,” katanya.
Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah melayari bahtera rumah tangga bersama hampir 65 tahun.
Hafizi Rosli
Sun Jan 17 2021

Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, toleransi kunci utama kebahagiaan rumah tangga - Foto/Instagram: @chedetofficial
![[TERKINI] Berita Palsu Vaksin | Polis sedia buka siasatan sekiranya terima laporan [TERKINI] Berita Palsu Vaksin | Polis sedia buka siasatan sekiranya terima laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892424/574696951614220514895_640x360.jpg)
[TERKINI] Berita Palsu Vaksin | Polis sedia buka siasatan sekiranya terima laporan
Golongan anti vaksin yang menyebarkan berita palsu berhubung vaksin boleh dikenakan tindakan undang-undang. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan memaklumkan, kes akan disiasat di bawah Seksyen 505 (b) kanun keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

Pakej Pemulihan | UK umum 302 juta pound bantu pelajar 'hilang pembelajaran'
United Kingdom umum pakej pemulihan bernilai 302 juta pound untuk diberikan kepada semua sekolah di seluruh negara susulan bermulanya sesi secara bersemuka 8 Mac ini. Setiausaha Pendidikan UK, Gavin Williamson berkata, dana itu akan diberikan kepada sekolah rendah dan menengah untuk memabantu pelajar yang dikatakan 'kehilangan pembelajaran' semasa 'lockdown' dikuatkuasakan.

COVID-19 | AS edar pelitup muka percuma kepada komuniti terpinggir
Presiden Joe Biden rancang untuk edarkan jutaan pelitup muka kepada rakyat Amerika sebagai usaha memastikan keadilan dalam tindak balas kerajaan terhadap wabak COVID-19. Pentadbiran Biden menggunakan pendekatan konservatif bertujuan menjangkaui komuniti yang paling sukar didekati.

Bola Sepak | Bekas pemain makin hilang sabar
Tahap kesabaran bekas pemain Maceirra United dan Kuantan FA sudah hampir ke kemuncak. 3 tahun menunggu maklum balas dari pihak pengurusan sebelum ini, hanya dipandang sepi. Tempoh 14 hari diberikan bermula pada Rabu. Jika masih tiada jawapan, isu gaji tertunggak akan dibawa ke Mahkamah Timbang Tara Sukan.

Sukan Badminton | Penarikan diri: Malaysia tidak perlu ikut
Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim tegaskan Malaysia tidak perlu terikut dengan rentak negara lain yang membuat penarikan diri beramai-ramai di Kejohanan All England bulan depan. Ini kerana katanya, Malaysia ada hala tuju dan visi berbeza menjelang Olimpik Tokyo Julai nanti.

Berita palsu vaksin: Polis sedia buka kertas siasatan jika terima laporan
Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung berita palsu mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

UCL: Zidane sedar Madrid tidak beraksi baik
Madrid mendominasi penguasaan bola tetapi hanya dapat melakukan tiga percubaaan tepat sebelum Mendy menjaringkan gol pertamanya di peringkat Eropah pada empat minit terakhir.

Guardiola tuntut Manchester City lebih klinikal dalam UCL
City meraih kemenangan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan 16 UCL menentang Borussia Monchengladbach di Budapest awal pagi tadi.

Woods mula sedar, beri respon
Juara gelaran utama 15 kali itu mengalami kecederaan serius dan tanda soal mengenai kariernya mula timbul.

Niaga AWANI: AS ingin tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan
Presiden Amerika Joe Biden menandatangani arahan eksekutif untuk tingkatkan pekerjaan sektor pembuatan di Amerika. Ini dengan meningkatkan rantaian bekalan Amerika untuk batteri, barangan farmaseutikal, dan semikonduktor.

'Dakwaan Ketua Armada Bersatu kepada UMNO hanya provokasi' - Syed Ali
Dakwaan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal bahawa UMNO bukan lagi kuasa besar dalam politik negara amat tidak berasas dan sekadar provokasi.

Marzuki dedah Tun M pernah setuju calonkan Muhyiddin sebagai PM
Tan Sri Muhyiddin Yassin dikatakan keberatan dicalonkan sebagai Perdana Menteri selepas Tun Dr Mahathir Mohamad, meletak jawatan Februari lalu.

Najib Razak jelaskan maksud 'kerjasama dengan seteru politik'
Najib berkata, Tun Abdul Razak juga pernah melakukan perkara sama demi 'kestabilan dalam negara untuk memulihkan negara'.

Tiada sebab UMNO tidak boleh bekerjasama dengan 'musuh', asalkan diterima akar umbi - Najib
Najib berkata, UMNO terbuka dengan semua pilihan, selagi ia diterima baik oleh pemimpin dan akar umbi.

Pelancong sihat wajar dibenarkan melancong ke Langkawi - Dr Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sekarang adalah masa yang sesuai membenarkan pelancong-pelancong sihat untuk melawat Langkawi.

Boleh mohon masuk UMNO semula, tetapi... - Najib Razak
Individu itu tidak boleh mengenakan apa-apa syarat sebaliknya menerima segala dasar dan individu lain yang berada di dalam parti itu.

Parti Melayu akan berpecah menjadi parti-parti minoriti - Tun Mahathir
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti-parti yang mewakili kaum Melayu kini sebenarnya sudah menjadi parti minoriti.

Kembali pada UMNO: Syarat Tun Mahathir hanyalah sekadar alasan - Ahmad Zahid
Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan sudah hilang hala tuju dalam memperjuangkan kepentingan politik peribadi dan kroni-kroninya.

Ku Li digesa runding, pelawa Tun M sertai UMNO
UMNO harus menyambut baik kenyataan Dr Mahathir yang menegaskan beliau boleh kembali kepada parti itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 17 Februari 2021.