Setelah berehat daripada belayar di perairan Pulau Pinang lebih setahun lalu, Super Star Libra kini kembali untuk membawa pelancong menikmati keindahan sebenar Krabi dan Phuket di Thailand.
Walaupun ia merupakan kapal paling kecil dalam kalangan keluarga Superstar, kapal pelayaran itu paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana ia disesuaikan mengikut keperluan dan kepentingan semua penumpang.
Lawatan empat hari tiga malam menyeberang lautan itu akan membawa para penumpang merasai pengalaman sebenar berada di dalam kapal pelayaran dan pada sebelah malam, mereka yang ingin menenangkan fikiran bolehlah mengira bintang-bintang di kaki langit di atas dek sambil ditemani kumpulan muzik 'live'.
Pasangan pengantin baharu, Tan Zhe Yi dan isterinya, Ting Ching Yen menyifatkan pelayaran itu sebagai satu peluang seumur hidup berada di kapal berkenaan.
"Kami seronok dan sangat tenang di sini. Terima kasih star cruise untuk segala-galanya," kata Ting ketika ditemui semasa lawatan julung kali kapal itu ke Krabi dan Phuket hujung minggu lalu.
Bagaimanapun, untuk penumpang beragama Islam, pengurusan kapal memberi jaminan akan turut menyediakan makanan halal di dalam kapal dan mereka kini sedang dalam proses memohon sijil Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Kapal seberat 42,282 tan yang boleh memuatkan kira-kira 1,500 penumpang dan dikuasakan oleh enjin diesel itu dikemudi Kapten Lennart Jegerfalk dari Sweden dan dibantu oleh rakan senegaranya, pegawai pertama Christopher Sandstrom.
Sandstorm yang berpengalaman tujuh tahun mengemudi kapal ke destinasinya ketika ditemui berkata, beliau memberi jaminan kepada penumpang bahawa tidak ada apa yang perlu dirisaukan kerana kapal itu mempunyai sirip penstabil yang boleh menangani keadaan laut bergelora dan situasi kecemasan.
Seorang lagi penumpang, Alicia Wang dan rakan-rakannya yang turut menaiki kapal itu buat pertama kali menyifatkan percutian itu berbaloi dan menyeronokkan.
"Kami mengikuti lawatan ini kerana mahu menyambung semula persahabatan memandangkan semua sibuk dengan kerja masing-masing. Jadi, kami mempunyai peluang itu di sini dan gembira dengan pilihan yang kami buat ini," katanya.
Selepas kira-kira 18 jam belayar dari Pulau Pinang, kapal itu tiba di Krabi, sebuah bandar kecil yang terletak di sepanjang pantai Laut Andaman, terkenal dengan keindahan airnya yang jernih dan menjadi habitat untuk hidupan laut berkembang, serta pulaunya yang terkenal termasuk pulau Phi Phi dan pulau James Bond.
Penyelam dan mereka yang suka aktiviti snorkeling akan kagum dengan kecantikan hidupan marin dan apa yang paling mendamaikan ialah keindahan pemandangan di dalam laut yang dijaga rapi oleh pihak berkuasa tempatan.
Selain pantai yang menakjubkan, pelancong juga boleh berjalan-jalan di bandar dan ke tempat-tempat menarik seperti Taman Negara Than Bok Khorani, kuil Gua Harimau dan pantai Ao Nang yang popular.
Di pantai Ao Nang, pelancong boleh menikmati urutan asli Thai dan pada masa yang sama menikmati juadah sebenar Thai khususnya Tom Yan dan makanan laut segar yang sangat menyelerakan.
Kapal pelayaran itu kemudian meninggalkan Krabi pada malam itu juga dan menuju ke Phuket, sebelum berlabuh di terminal Chaophaya di selatan Phuket dan penumpang bebas untuk meninggalkan kapal dari 10 pagi hingga 12 tengah malam.
Di Phuket pula, menjadi kemestian buat pelancong mengunjungi Promthep Cape kerana mempunyai pemandangan matahari terbenam yang paling menakjubkan serta menikmati kacang gajus serta kristal keluaran antarabangsanya.
Pada sebelah malam, pengunjung juga wajib ke pantai Patong yang terletak kira-kira 20 kilometer dari tempat kapal berlabuh kerana ia terkenal dengan kehidupan malam, sebelum kembali ke kapal pelayaran menaiki pengangkutan tempatan terkenal iaitu tuk-tuk.
Setelah semua penumpang sampai ke kapal menjelang tengah malam, satu parti perpisahan akan diadakan di tepi kolam. -- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 12 2016
Kapal SuperStar Libra paling mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana ia disesuaikan mengikut keperluan dan kepentingan semua penumpang. - Foto Bernama
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Dua rakyat Malaysia maut selepas bot dinaiki terbalik di Krabi
Gabenor wilayah Krabi Passakorn Bunyalak berkata bot yang dinaiki mereka dipercayai dipukul ombak besar menyebabkan ia terbalik.
Impian cuti ke Krabi lebur, ditipu syarikat pelancongan
Keterujaan 40 individu untuk bercuti ke Krabi, Thailand terbantut apabila mereka ditipu sebuah agensi pelancongan yang mengakibatkan kerugian lebih RM30,000.
Sekatan COVID-19 di Bangkok, Krabi, Phang-Nga dan Phuket dilonggarkan
Mulai Isnin, Bangkok dan tiga destinasi pelancongan Krabi, Phang-Nga dan Phuket akan menyaksikan perintah berkurung waktu malam ditarik balik.
Thailand larang penggunaan krim pelindung matahari, boleh jejaskan terumbu karang
Bagi individu yang melanggar larangan itu boleh dikenakan denda 100,000 Baht atau RM12,750.
Rakyat Malaysia lemas di Ao Nang, Krabi
Seorang rakyat Malaysia dipercayai lemas ketika melakukan aktiviti snorkeling di Pulau Poda, Ao Nang, Wilayah Krabi, Thailand hari ini.
Lapan sekeluarga mati ditembak di Krabi
Lapan orang termasuk dua kanak-kanak perempuan daripada sebuah keluarga Islam tempatan mati ditembak di dalam rumah mereka di Kampung Ban Klang, Aolud di Krabi, selatan Thailand awal pagi tadi.
Warga M'sia yang bercuti ditipu di Krabi
Semua mangsa yang juga pelajar universiti swasta di Malaysia, membuat laporan di Balai Polis Aonang, Krabi semalam terhadap Theeradet Saetiew.
25 maut, lebih satu juta penduduk terjejas banjir di selatan Thailand
Sebahagian besar kawasan di selatan Thailand masih ditenggelami air selepas hujan lebat monsun lebih seminggu.
14 terkorban dalam banjir di Selatan Thai
Banjir di wilayah-wilayah selatan Thai yang menjejas hampir setengah juta penduduk telah mengorbankan 14 nyawa setakat ini.
Starcruise Libra kembali bawa penumpang nikmati pelayaran ke Phuket, Krabi
Setelah berehat daripada belayar di perairan Pulau Pinang lebih setahun lalu, Super Star Libra kini kembali untuk membawa pelancong menikmati keindahan sebenar Krabi dan Phuket di Thailand.