DENGAN kelonggaran yang diberi untuk aktiviti riadah sejak 20 Ogos lalu, orang ramai perlu memahami mengapa adanya peraturan tertentu berkaitan aktiviti yang dibenarkan dalam situasi pandemik COVID-19 bagi mengelakkan virus terus menular.

Berikut adalah jenis sukan atau aktiviti riadah yang sesuai dilakukan semasa pandemik:

1. Sukan dan aktiviti fizikal yang membolehkan penyertaan individu dengan adanya penjarakan fizikal, seperti golf atau tenis, akan menjadi kurang berisiko daripada sukan yang banyak melibatkan hubungan rapat seperti bola keranjang, bola sepak atau gusti.

2. Sukan dan aktiviti fizikal yang tidak memerlukan perkongsian peralatan, seperti aktiviti merentas desa, kurang berisiko daripada sukan seperti bola sepak yang memerlukan satu peralatan dikongsi bersama.

3. Sukan dan aktiviti fizikal yang tidak memerlukan pendedahan dalam tempoh masa yang lama dengan individu atau pemain lain mungkin merupakan pilihan yang lebih selamat. Acara trek, misalnya, mungkin kurang berisiko daripada sukan yang memerlukan seseorang berhubungan rapat dengan pemain lain untuk jangka waktu yang panjang.

4. Sukan atau aktiviti 'outdoor'. COVID-19 lebih mudah berjangkit di ruang tertutup dengan sistem pengudaraan yang lemah. Justeru sukan dan aktiviti 'indoor' dilihat tidak sesuai.

5. Sukan dalam pasukan yang tidak memerlukan banyak interaksi luar. Semakin banyak interaksi, semakin besar pendedahan terhadap COVID-19. Oleh itu adalah lebih baik memilih bersukan dalam pasukan kecil, atau berlatih dalam satu kumpulan yang sama, daripada bergaul bebas dengan pasukan atau jurulatih lain.

Selain itu, penting juga untuk anda mempertimbangkan situasi semasa dalam komuniti anda, sebelum melakukan apa-apa aktiviti.

Pastikan juga langkah keselamatan lain diambil, seperti kerap mencuci tangan, mandi apabila pulang ke rumah dan paling penting, jangan lakukan apa-apa aktiviti luar jika anda tidak sihat.