IPOH: Perkhidmatan surau bergerak yang dilancarkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sejak Mac lalu telah memberi banyak manfaat kepada orang ramai untuk menunaikan ibadah.
Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu juga dilihat memberi ruang kepada para peniaga beragama Islam khususnya, untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.
Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Hal Ehwal Agama Islam MBI, Abu Bakar Hussian ketika meninjau perkhidmatan itu di Gerbang Malam di sini berkata, ramai yang tidak melepaskan peluang untuk memanfaatkan kemudahan itu.
"Alhamdulillah dapat meninjau perkhidmatan surau bergerak MBI di Jalan Theatre, Ipoh berdekatan Gerbang Malam.
"Perkhidmatan bas ini di sini pada Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja. Bermula jam 6.30 petang hingga 12 malam. Kita bergerak ikut lokasi yang bersesuaian dan mengikut permintaan.
"Ramai yang hadir untuk menunaikan solat, bak kata mereka, berniaga... berniaga juga tetapi solat tetap tidak dilupakan," katanya.
Katanya lagi, dengan adanya kemudahan itu sekurang-kurangnya memudahkan orang ramai mengerjakan ibadah.
Di samping mengajak umat Islam untuk sama-sama mengingati Allah SWT, walau sesibuk mana aktiviti kehidupan seharian.
Tambah Abu Bakar, mana-mana agensi atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ingin menggunakan perkhidmatan surau bergerak itu, boleh menghubungi pihak MBI atau dirinya untuk keterangan lanjut.
Sebelum ini media melaporkan, MBI muncul sebagai pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama berjaya menyiapkan sebuah bas yang direka khas menjadi surau bergerak untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat lima waktu.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata berkata surau itu adalah hasil idea dan reka bentuk MBI bersama syarikat yang dilantik dengan mengambil kira tentang kemudahan asas bersolat serta ditambah baik dengan ciri-ciri moden lagi selesa.
Beliau berkata ia dilengkapi dengan ruang solat, sistem air wuduk, sistem pendingin hawa, generator, alat audio video yang lengkap dengan sistem waktu azan dan kanopi.
“Konsep surau bergerak ini amat mudah dan mesra yang akan dikendalikan oleh seorang petugas.
"Surau ini boleh diletakkan pada mana-mana lokasi bagi kemudahan umat Islam memanfaatkannya untuk solat serta aktiviti dakwah yang bersesuaian. Ruang surau ini boleh memuatkan seramai 15 orang," katanya lagi.
Aida Aziz
Sun Aug 07 2022
MBI muncul sebagai pihak berkuasa pempatan (PBT) pertama berjaya menyiapkan sebuah bas yang direka khas menjadi surau bergerak untuk kegunaan umat Islam menunaikan solat. - Astro AWANI
PM Anwar hulur sumbangan kepada Daddy Rock
Perdana Menteri berkata Shahrol Asikin yang mengalami masalah komplikasi jantung akan menjalani prosedur pembedahan jantung bulan depan.
Larian hari pertama obor Olimpik di Perancis selesai, Drogba nyalakan kawah
Basile Boli menjadi pembawa obor pertama, memulakan larian dari Basilika Notre-Dame de la Garde yang ikonik.
Mahkamah Agung India bebaskan Ketua Menteri Delhi dengan jaminan sementara
Kejriwal ditahan Direktorat Penguatkuasaan pada 21 Mac berkaitan siasatan rasuah yang melibatkan dasar penjualan alkohol di Delhi.
PM Anwar seru Sime Darby Plantation jadi pelopor kurangkan kebergantungan buruh asing
Anwar berkata pendekatan dan kemajuan teknologi yang digunakan Sime Darby Plantation, disasarkan menjadi contoh kepada pekebun-pekebun kecil.
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
DBKL perkenal surau bergerak mudahkan pengunjung tunaikan solat
Kemudahan ini bakal memberi manfaat kepada pengunjung melibatkan program ad hoc seperti maraton dan sambutan Hari Kebangsaan.
Surau bergerak MBI dapat sambutan menggalakkan, mudahkan umat Islam dirikan solat
Kemudahan bas yang berfungsi sebagai surau itu memberi ruang kepada para peniaga untuk mendirikan solat di lokasi perniagaan tertentu.
'Surau bergerak viral' kini sah di atas jalan raya
Seorang peniaga kendera saji di sini teruja apabila hasratnya mewakafkan sebuah bas sekolah mini untuk dijadikan surau bergerak tercapai.