awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Jentera serangan tumpul, pertahanan lemah punca TFC gagal kutip mata di laman sendiri
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Teknik latihan kuatkan paru-paru selepas sembuh jangkitan COVID-19

Keluarga
Keluarga
27/03/2022
02:30 MYT
Teknik latihan kuatkan paru-paru selepas sembuh jangkitan COVID-19
Virus berkenaan menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum sakit. - Foto Keluarga
TEKNIK latihan kuatkan paru-paru sangat penting diamalkan oleh bekas pesakit COVID-19 yang sudah sembuh.
Kebanyakan mereka sering mengadu kerap mengalami masalah pernafasan selepas mereka bebas daripada virus tersebut.
Ini kerana virus berkenaan telah menyerang dan mengganggu bahagian paru-paru dan menyebabkan pernafasan menjadi tidak lancar seperti sebelum sakit.
Situasi kesukaran untuk bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya menyebabkan bekas pesakit COVID-19 berasa tidak selesa dan bimbang dengan situasi tersebut.
Perkongsian Dr Arisman yang memuat naik video mengenai teknik latihan untuk menguatkan semula paru-paru selepas terkena jangkitan COVID-19 memang sangat bermanfaat.
TEKNIK LATIHAN KUATKAN PARU-PARU
  • Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.
  • Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.
  • Tarik nafas melalui hidung selama 4 saat.
  • Tahan nafas selama 4 saat.
  • Hembus nafas melalui mulut perlahan-lahan untuk tempoh dua saat.
Amalkan latihan ini setiap hari, lama-kelamaan insyaAllah anda akan dapat bernafas dengan lebih lancar selepas itu.
Jika masih berterusan mengalami masalah pernafasan, anda dinasihatkan untuk terus mendapatkan rawatan di hospital.
*Artikel asal di Keluarga

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu !
Topic Berkaitan
#COVID-19
#latihan pernafasan
#paru-paru
#teknik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan