awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Grok sertai Gemini dalam inisiatif AI ketenteraan Amerika Syarikat
Personaliti TV Martha Stewart sertai Snoop Dogg sebagai pemilik minoriti Swansea
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara

Bernama
Bernama
24/12/2025
02:50 MYT
Pertemuan Agong, Presiden UAE perkukuh hubungan dua hala dua negara
Kunjungan hormat Sultan Ibrahim (dua dari kiri) bersama Sheikh Mohamed Zayed (dua dari kanan) di Abu Dhabi, semalam memperkukuhkan hubungan dua hala serta mencerminkan semangat saling menghormati antara kedua-dua negara. - Gambar FB Sultan Ibrahim
KUALA LUMPUR: Kunjungan hormat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bersama Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan di Abu Dhabi, semalam memperkukuhkan hubungan dua hala serta mencerminkan semangat saling menghormati antara kedua-dua negara.
Seri Paduka Baginda bertitah, perjumpaan hampir sejam di Istana Qasr Al Bahr, Abu Dhabi itu turut membentuk landasan kerjasama yang lebih strategik dan berpandangan jauh antara Malaysia dan UAE.
Selain itu, Sultan Ibrahim bertitah, pertemuan empat mata dengan Sheikh Mohamed turut membincangkan kerjasama dalam bidang ekonomi, pelaburan dan keterjaminan makanan.
"Kami juga berkongsi pelbagai perkara lain, termasuk usaha mengeratkan lagi kerjasama antara Malaysia dan UAE dalam bidang pertahanan," titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran di akaun Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Kunjungan hormat Yang di-Pertuan Agong ke atas Sheikh Mohamed Sultan Ibrahim yang juga Pemerintah Abu Dhabi itu diadakan bersempena lawatan khas Seri Paduka Baginda ke UAE, yang bermula semalam, atas jemputan khas daripada Presiden UAE itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Sultan Ibrahim
#presiden UAE
#Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan
#Hubungan dua hala
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan