Golongan belia kini mula meninjau telefon pintar di pasaran sementara menunggu pelaksanaan rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih 3G yang diumum kerajaan pada September lepas.
Tinjauan mendapati mereka begitu teruja dengan pengumuman itu dan berharap kerajaan dapat memperjelaskan terma serta kaedah mendapatkan rebat tersebut secepat mungkin.
Pekerja swasta Nasroniazam Abu Bakar Sidik, 23, berkata beliau tidak sabar menunggu pelaksanaan rebat itu dan ingin tahu prosedur yang harus diikuti.
"Saya sangat teruja nak rebut rebat ini, nak tahu prosedur sama ada kena isi borang ke...kalau kena isi borang nak dapatkan dari mana," katanya.
Beliau adalah antara belia yang mungkin berpeluang menikmati rebat itu. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian rebat 'one-off' bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G dalam pembentangan Belanjawan 2013 pada September lepas sebagai usaha membuka akses maklumat kepada belia.
Sementara itu, peniaga Nur Shahidaton Zulkifli, 24, berkata sekalipun telah memiliki telefon pintar sedemikian, beliau tetap berhasrat untuk mendapatkan manfaat daripada rebat tersebut.
"Pemberian rebat ini menarik dan sekarang saya teruja untuk meninjau telefon ini di kedai-kedai berhampiran yang mana saya sangat berminat dengan satu jenama yang sedang hangat di pasaran sekarang.
"Bagi saya dengan pemberian RM200 ini berbaloi misalnya harga telefon RM2,000, dan sekiranya dapat rebat ini secara tidak langsung harga telefon akan jadi lebih murah daripada asal," katanya.
Beliau juga sependapat dengan Nasroniazam, mahu kerajaan menghuraikan terma terperinci rebat.
"Saya kurang jelas telefon yang macam mana dan kadar harga yang layak untuk saya dapat rebat RM200 ini. Saya juga masih tidak faham cara pemberian rebat ini adakah terus dapat terus daripada kedai telefon atau kena tuntut atau sebaliknya," katanya.
Penjawat awam Muhammad Abd Kadir,29, berkata beliau sedang mempertimbang untuk membeli telefon pintar susulan pengumuman rebat tersebut.
"Kerajaan tawar rebat ini memang bagus....keinginan untuk membeli memang ada tetapi saya tengok keadaan dulu macam mana. Sekarang saya masih 'window shopping' mencari telefon yang terbaik dan sekiranya duit mencukupi saya akan beli bagi mendapatkan RM200 ini," katanya.
Jururawat Sufi Suhaina Yusri, 23, pula berkata pemberian rebat itu meningkatkan minatnya untuk meninjau harga telefon pintar di pasaran.
Sufi Suhaina berkata tawaran itu membuktikan keprihatinan kerajaan kepada kehendak dan keperluan belia di negara ini dan mengharapkan ia dapat menggembirakan semua orang.
Bernama
Mon Nov 05 2012
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Pembinaan akademi badminton alami kelewatan
Akademi Badminton Kebangsaan, yang menjadi sebahagian daripada Bajet 2013 turut mengalami nasib sama Velodrom Nasional Malaysia ekoran masalah teknikal dan lewat hampir setahun daripada jadual asal.
Bajet 2013, Bajet untuk rakyat
Sorotan Bajet 2013
Bajet 2013 - Hasil & Perbelanjaan
Hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
Sorotan Bajet 2013
Sorotan Bajet 2013
Peniaga telefon catat lonjakan jualan telefon pintar
Para pengedar telefon dan penyedia telekomunikasi mengalami lonjakan jualan yang besar selepas kerajaan memutuskan untuk memberikan rebat RM200.
5,500 belia mendaftar untuk rebat telefon pintar
Hampir 5,500 belia, berumur 21 hingga 30 tahun, telah mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar.
Pendaftaran rebet telefon pintar bermula Selasa - SKMM
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
Bayaran RM1,000 untuk veteran tentera dibuat Januari
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia meminta semua 234,500 bekas tentera tidak berpencen mengisi borang SVTB1M yang diedar sejak 1 Nov.
Teruja tunggu rebat telefon pintar
Golongan belia kini mula meninjau telefon pintar di pasaran sementara menunggu pelaksanaan rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih 3G yang diumum kerajaan pada September lepas.
Rebat telefon pintar dilaksana Januari tahun depan
Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Jan depan.