PUTRAJAYA: Sebilangan besar daripada kita sentiasa menuntut masa atau ruang untuk diri sendiri selepas menyelesaikan segala tugasan atau tanggungjawab.
Masa atau ruang yang juga dikenali sebagai ‘me time’ disifatkan kebanyak daripada kita waktu untuk melakukan hal-hal yang tidak sempat dibuat semasa sibuk.
Namun, berbeza bagi negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad yang tertanya-tanya apa perlunya masa untuk diri sendiri itu.
Bahkan, jelas Dr Mahathir yang genap usianya 97 tahun hari ini, beliau tidak melihat ‘me time’ itu ada manfaat.
“Saya tak nampak itu (me time) sebagai satu benda yang menggembirakan. Bagi saya, masa mesti dipenuhi dengan kerja (dan) berfikir. Nak duduk kosong kepala ini tak boleh. Banyak benda yang saya nampak dan saya boleh selesaikan, saya boleh majukan,” kata Dr Mahathir ketika ditanya apakah beliau memperuntukkan masa untuk diri sendiri.
Dalam wawancara eksklusif bersama Astro AWANI yang dikendalikan Editor Saharudin Musthafa dan wartawan Faye Kwan sempena ulang tahun kelahiran ke-97 beliau, Dr Mahathir berkata, disebabkan ruang masa yang ada pada beliau sangat terhad, maka tumpuan lebih banyak diperuntukkan dengan membaca atau menelaah ilmu.
Justeru, setiap hari, Dr Mahathir akan memanfaatkan 24 jam setiap hari dengan sebaik mungkin bermula dari bangun tidur untuk memulakan hari baharu sehingga kembali semula ke katil untuk berehat di malam hari.
Setiap hari juga (Isnin hingga Jumaat) beliau akan menghabiskan masa di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini untuk menyelesaikan banyak urusan termasuk menyiapkan nota, mencari maklumat-maklumat baharu tentang hal ehwal semasa, bermesyuarat dan sebagainya.
Di pejabat, Dr Mahathir sangat selesa memberi pengkhususan pada hal ehwal kerja sementara urusan keluarga dan rumah tangga lebih banyak diselesaikan di kediaman.
Kerana itu, amat jarang sekali Dr Mahathir menerima kehadiran ahli keluarganya di pejabat, hanya sesekali, bila ada keperluan isteri dan anak-anak akan menghubunginya jika keadaan memerlukan maklum balas segera daripada beliau.
Seperti ayah lain, Dr Mahathir juga sentiasa akan meluangkan masa untuk mendengar apa sahaja yang mahu dikongsi dengan anak-anaknya khususnya daripada Datuk Seri Mukhriz yang mewarisi kerjaya politiknya.
“Saya malas nak cakap pakai telefon. Saya tak puas hati (berbual di telefon) sebab tak boleh cakap panjang. (Saya) lebih suka berdepan dengan orang dan saya boleh ulas sesuatu dengan lebih detail (terperinci),” ujar mantan Perdana Menteri pada 1981 hingga 2003 dan pada 2018 hingga 2020 itu lagi.
Pun begitu, sebagai ketua keluarga, Dr Mahathir akan sentiasa mencari ruang untuk bersama-sama seluruh ahli keluarganya terutama pada hari-hari istimewa dan kebesaran seperti hari lahir, sambutan hari raya, acara perkahwinan dan sebagainya.
Mengakui, keluarga adalah syurga buatnya, Dr Mahathir berkata, masa bersama anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu akan dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.
Ini kerana, jelas warga emas itu, seperti mana ibu ayah lain yang harus membenarkan anak-anak hidup berdikari bersama keluarga mereka, beliau sendiri tidak ketinggalan melaluinya.
“Semua bila dia orang dah besar, dah kahwin dia duduk tempat lain. Rumah saya sedia untuk mereka tapi kosonglah. Yagn tak kahwin pun tak mau duduk di rumah, nak duduk asing.
“Tetapi kita kerap berjumpa, kita ada dinner (makan malam). Anak-anak, kadang-kadang semu sekali datang sekumpulan dengan family datang jumpa, hubungan saya dengan keluarga boleh dikata sangat akrab,” cerita Dr Mahathir
Dan setiap kali ada perhimpunan keluarga, topik perbualan bebas politik dan Dr Mahathir lazimnya akan melayan pertanyaan cucu-cucunya mengenai pelbagai perihal lain.
“Saya akan bercakap tentang hal lain yang mereka minati. Sudah tentu, mereka (cucu-cucu) hidup dalam dunia yang berbeza dengan saya. Dunia saya adalah dunia lama, dunia tua.
“Dunia mereka semuanya mengenai teknologi, komunikasi baharu dan sebagainya. Mereka (cucu-cucu) juga selalu berkomunikasi antara satu sama lain kerana sangat mudah melalui telefon, jadi jarang mereka telefon saya, tetapi sering datang (ziarah) ke rumah saya,” Dr Mahathir berkongsi mengenai ragam cucu-cucunya.
Astro Awani
Sun Jul 10 2022
Tun Dr Mahathir Mohamad yang genap usianya 97 tahun hari ini berpendapat, masa yang ada harus diisi dengan bekerja dan berfikir. - Gambar/ Astro AWANI
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Tiada istilah 'me time' dalam diri Dr Mahathir
Masa yang ada harus diisi dengan bekerja dan berfikir, kata Tun M.
Kalau pilih jadi ahli politik, bersedialah untuk dikritik - Tun M
Kata Dr Mahathir, orang politik tidak boleh harap sokongan 100 peratus.
Tun M mudah bosan kalau tiada kerja
Dr Mahathir tidak pernah tolak permintaan pihak yang mahu bertemu dengannya termasuk pada hujung minggu.
Nikmat umur panjang kurniaan terbesar, kata Tun M yang berusia 97 tahun hari ini
"Banyak orang yang apabila tidur, tak bangun dah. Jadi, saya bersyukur."