KUALA LUMPUR: Pengalaman lebih 10 tahun bergelar pemandu van jenazah menerbitkan keinsafan dalam dirinya.
Bagi Mohd Rahmat Ismail, mungkin profesion ini kurang mendapat perhatian kerana wujud tanggapan seram dan memerlukan individu kuat semangat untuk mengendalikannya.
“Alhamdulillah 10 tahun saya pandu van jenazah untuk Badan Khairat Silaturahim (BKS) di Masjid Nurul Hidayah Kg Pandan Dalam, tiada peristiwa aneh berlaku seperti kita tonton di kaca televisyen atau baca dalam majalah.
“Semuanya baik-baik sahaja dan saya sangat gembira lakukan kerja ini. Perkhidmatan bawa van jenazah bukan profesion yang glamour tetapi ia benar-benar mengubah diri saya sebagai seorang manusia,” katanya kepada Astro AWANI.
Lelaki berusia 51 tahun ini turut berkongsi cara kerja setiap kali menerima panggilan bahawa ada kematian berlaku yang boleh dikatakan setiap hari.
“Kematian tidak kira waktu. Awal pagi, tengah hari, petang atau tengah malam, saya dan warga kariah kematian masjid perlu siap sedia setiap masa.
“Contohnya, jika berlaku kematian pada jam empat pagi, saya perlu bersiap untuk membawa jenazah dari hospital ke rumah atau dari rumah menuju ke tanah perkuburan. Bergantung kepada permintaan waris keluarga.
“Jika kematian berlaku di awal pagi, hendaklah kita kebumikan sebelum waktu Zuhur. Sebaiknya kita mempercepatkan proses pengebumian, itu adalah sebaiknya. Kalau ditanya, boleh ke tunggu sekejap untuk beri laluan ahli keluarga yang tinggal jauh datang melawat si mati.
“Jawapan saya mudah, alangkah lebih indah kalau urusan ziarah dilakukan ketika kita masih sihat atau waktu tengah sakit atau nazak. Bukan tunggu waktu sudah meninggal dunia baru hendak ziarah. Itu hanya pandangan saya tetapi saya faham lain orang lain pandangannya,” katanya.
Dalam pada itu, Rahmat turut mengajak anak-anak muda untuk turut serta berkecimpung dalam profesion sebagai pemandu van jenazah.
“Jangan rasa seram. Dapat membantu jenazah untuk dihantar ke destinasi terakhir mereka mendatangkan satu kepuasan dalam diri. Ini adalah perkhidmatan fardu kifayah.
“Bila setiap hari lihat kematian, satu hal yang saya belajar. Hidup jangan sombong kerana akhirnya kita semua sama saja, akan pulang ke negeri abadi bertemu Allah SWT bukan dengan harta atau takhta sebaliknya amal yang kita ada,” akhirinya.
Faida Rahim
Sun Nov 13 2022
RAHMAT: Jangan rasa seram. Dapat membantu jenazah untuk dihantar ke destinasi terakhir mereka mendatangkan satu kepuasan dalam diri. Ini adalah perkhidmatan fardu kifayah. - Astro AWANI
Peguam Negara tarik balik rayuan pembebasan Zahid Hamidi
Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak VLN.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
'Tiada peristiwa aneh, hanya rasa insaf' - Pemandu van jenazah kongsi pengalaman
Pengalaman lebih 10 tahun bergelar pemandu van jenazah menerbitkan keinsafan dalam dirinya.
Warga emas didenda RM6,000, langgar dua beranak sehingga cedera parah
Majistret turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara lapan bulan jika gagal membayar denda berkenaan.