awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tidur cukup boleh pengaruhi cara seseorang berjalan - Kajian

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2021
02:30 MYT
Tidur cukup boleh pengaruhi cara seseorang berjalan - Kajian
Menurut kajian yang dijalankan oleh Scientic Reports, seseorang yang tidak mempunyai waktu tidur yang mencukupi akan membuatkan seseorang itu sukar untuk berjalan dengan betul. -Gambar fail
TIDUR adalah penting kerana ia merupakan asas kehidupan manusia.
Ia bukan sahaja dapat menentukan kesihatan dan mood seharian, malah ia juga boleh mempengaruhi cara kita berjalan untuk hari seterusnya.
Menurut kajian dalam jurnal Scientific Reports, seseorang yang tidak mempunyai waktu tidur yang mencukupi akan membuatkannya sukar untuk berjalan dengan betul.
Pastinya ada yang menganggap bahawa aktiviti berjalan itu sebenarnya satu proses automatik yang digerakkan oleh tubuh badan kita, namun sebenarnya ia ada kaitan dengan corak tidur.
Satu penyelidikan yang dijalankan di Universiti Sao Paulo mendapati pelajar yang tidak mendapat waktu tidur sepatutnya akan mengalami kesukaran berjalan di atas mesin treadmill.
Perlu melangkah dengan berpandukan rentak metronom (alat pengukur tempo), mereka didapati berjalan tidak mengikut rentak ditetapkan, dan secara amnya tidak dapat mengikut tempo yang tepat.
Selain itu, pelajar yang cuba menambah waktu tidur dengan menangguhkan waktu untuk bangun tidur akan menunjukkan prestasi lebih baik dalam kajian tersebut.
Walau bagaimanapun, teknik itu tidak digalakkan pakar kesihatan yang menekankan bahawa mengubah waktu tidur dan bangun tidur sehingga 90 minit boleh meningkatkan risiko serangan jantung atau penyakit jantung.
"Konsep berjalan hanya sebagai proses automatik bukanlah cerita yang lengkap," kata pengarang kajian Hermano Krebs.
"Terdapat banyak pengaruh yang datang dari otak."
Kajian itu juga mengulangi keperluan untuk tidur yang mencukupi, terutamanya bagi mereka yang bekerja syif malam, di mana perubahan kepada berjalan dan pergerakan boleh menyebabkan bahaya.

** Setiap Sabtu dan Ahad, AstroAwani.com membawakan artikel santai dan merangkumi pelbagai topik menarik seperti pelancongan, permotoran, gaya hidup, hobi, kekeluargaan, kesihatan, pengetahuan am, trivia dan banyak lagi. Ikuti #SantaiHujungMinggu!
Topic Berkaitan
#tidur
#Scientific Reports
#kesihatan
#gaya hidup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan