KINI, aspek penjagaan kesihatan menjadi hal yang lebih mendapat perhatian ramai, terutamanya dalam usaha meningkatkan imuniti tubuh untuk melawan penyakit dan mengelakkan jangkitan.
Penularan COVID-19 juga menuntut orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup sihat, antaranya dengan melakukan senaman yang kerap, mengikuti disiplin piramid makanan serta menghidratkan diri dengan minum air secukupnya.
Lebih 60 peratus dalam tubuh manusia terdiri daripada air iaitu bahan kedua terpenting selepas oksigen. Ia memberikan pelbagai fungsi untuk memastikan kecergasan seseorang.
Secara purata, tubuh akan kehilangan antara 10 dan 12 cawan air setiap hari disebabkan oleh proses dehidrasi, sama ada ketika melakukan tugasan harian, bernafas dan perpeluhan.
Justeru, kekal terhidrat sepanjang masa memberikan pelbagai kebaikan kepada kesihatan fizikal, mental dan kesejahteraan keseluruhan termasuk membantu mengawal suhu badan, membantu fungsi sel serta sistem perkumuhan.
Elektrolit bantu badan berfungsi secara keseluruhan
Elektrolit adalah mineral penting yang memastikan badan anda berfungsi dengan baik dan membantu mengawal keseimbangan cecair dalam badan.
Kadangkala, minum air sahaja tidak mencukupi kerana badan memerlukan keseimbangan mineral untuk penghidratan yang berkesan.
Otot badan juga memerlukan elektrolit bagi mengekalkan fungsi normal. Badan bergerak melalui pengecutan otot dan elektrolit akan membantu fungsi normal otot dengan merangsang proses pengecutan otot.
Pemakanan yang seimbang adalah penting untuk mengekalkan tahap elektrolit diperlukan badan.
Makanan berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti bayam, pisang, avokado dan air kelapa adalah antara makanan yang kaya dengan elektrolit.
Di samping itu, cara mudah lain untuk memastikan keseimbangan elektrolit di dalam badan adalah dengan minuman 100PLUS.
Rumusan khas untuk hidrasi menyeluruh
100PLUS merupakan minuman isotonik nombor satu yang dilancarkan di Malaysia dan telah bertapak sejak 1983.
Ia dirumus khas untuk membantu memastikan badan sentiasa terhidrat. Campuran unik cecair dan elektrolit yang optimum membantu pengambilan cecair dan penyerapan yang lebih baik untuk badan.
1. Mengekalkan kecergasan badan
Maksimumkan jumlah cecair dalam badan untuk membantu berada dalam prestasi optimum dengan cara mengawal suhu badan, mencegah sakit kepala serta menjaga kesihatan sendi.
Sebaliknya, dehidrasi boleh menyebabkan mengantuk. Ini kerana, sewaktu dehidrasi, pengaliran oksigen ke otak akan terjejas dan seterusnya menyebabkan seseorang berasa mengantuk.
2. Mengekalkan fokus dan konsentrasi
Kesihatan otak dapat dicapai dengan hidrasi optimum kerana ia membantu pengaliran oksigen ke otak dengan lebih baik seterusnya membantu mengekal konsentrasi, fokus dan memori.
Hidrat mencukupi mampu meningkatkan prestasi ketika melakukan tugasan yang melibatkan fizikal dan mental selain memperbaiki kesejahteraan hidup.
Lebih-lebih lagi, ketika ramai daripada kita yang bekerja dari rumah dan mengikuti proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi yang masih belajar.
Apabila berlaku dehidrasi, ia boleh menjejaskan keupayaan kognitif, sekali gus menganggu prestasi kerja dengan kadar tumpuan dan perhatian akan menurun.
3. Mengoptimumkan fungsi otot
Otot memerlukan elektrolit yang mencukupi untuk berfungsi dengan normal. Elektrolit adalah penting untuk pengecutan normal otot rangka. Ketidakseimbangan atau kekurangan elektrolit boleh menyebabkan otot lemah atau kejang serta boleh mengakibatkan keletihan.
Penularan COVID-19 hari ini menimbulkan keresahan ramai, namun semua itu semakin pulih dan melegakan apabila Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mula dilaksanakan melibatkan pemberian vaksin kepada seluruh rakyat Malaysia.
Pada saat mencabar ini, orang ramai dinasihatkan untuk mengurangkan pergerakan keluar, mematuhi prosedur operasi standard, menjaga kesihatan dengan makanan seimbang dan sentiasa kekal hidrat.
Minuman isotonik 100PLUS adalah pilihan bijak untuk kekal hidrat dan sihat pada setiap masa walau di mana-mana sahaja.
Untuk maklumat lanjut mengenai tip kekal hidrat dan aktif semasa pandemik COVID-19, orang ramai boleh melayari https://100plus.com.my/hidratkan-diri-sihatkan-badan.
Lindungi Diri, Lindungi Semua. Hidratkan Diri, Sihatkan Badan. #Kitajagakita.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
Ehsan A Marisah
Tue Jul 13 2021
Kesihatan yang baik adalah kekayaan sebenar dan menjadi dambaan setiap individu. - Foto hiasan
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
10 hospital kerajaan tawar khidmat bayar penuh PPBP - Dzulkefly
Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh yang diperkenalkan di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia semenjak 2007 kini tersedia di 10 hospital awam.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.