TUNKU Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak terkemuka dunia, Cristiano Ronaldo.

Berita tersebut, bersama sekeping foto, dikongsikan ke laman sosial Facebook, Johor Southern Tigers.

"DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat menghadiri makan malam bersama bintang bola sepak dunia, Christiano Ronaldo sebelum berlepas ke Terengganu keesokan pagi untuk menghadiri Mesyuarat Exco FAM dan sesi bertemu penyokong bola sepak tanahair pada 22hb Julai 2017," tulis kapsyen pada gambar itu.


Bagaimanapun tidak dimaklumkan lokasi makan malam itu berlangsung.

Menerusi laporan portal berita Mediacorp, Ronaldo tiba di Singapura pada Jumaat bagi mengunjungi usahawan terkemuka, Peter Lim.

Ronaldo mempunyai hubungan yang cukup baik dengan Lim, di mana kapten Portugal itu telah menjual hak penyiaran foto kepada Mint Media, syarikat milik Lim.

Kehadiran Ronaldo adalah untuk menziarahi anak perempuan Lim yang baru melahirkan cahaya mata.