TUARAN: Tradisi betitik, warisan muzik tradisional yang dimainkan dalam acara keraian terutamanya pada majlis perkahwinan, sentiasa segar merentas zaman dalam etnik Bajau Samah juga diminati masyarakat lain di negeri ini.
Tradisi betitik yang dimainkan di desa atau di bandar, mampu dikekalkan bergenerasi lamanya malah dipertandingkan secara tahunan antaranya Pertandingan Betitik Peringkat Negeri Sabah akhir bulan lepas, antara lain hasil usaha Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Pusat Kebudayaan Persatuan Rumpun Bajau Samah Sabah (PRBSS), kerajaan negeri dan pihak berkaitan.
Alat muzik yang selalunya dimainkan dalam tradisi betitik antaranya gendang, gong, bebandil (sejenis canang), dan kulintangan (mirip gamelan) dan alat muzik itu dimainkan membentuk satu alunan irama yang melambangkan keharmonian dan kesepakatan.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Dalit Datuk Jasnih Daya, daripada etnik Bajau Samah, berkata tradisi betitik ini asalnya dimainkan untuk memberitahu kepada penduduk kampung adanya majlis keraian di sesebuah rumah itu dan selalunya dimainkan sebulan atau seminggu sebelum majlis diadakan.
"Zaman moden mudah kita beritahu guna telefon, media sosial, kad undangan dan sebagainya tetapi dahulu jemputan mulut ke mulut dan betitik ini menyebarluaskan pemberitahuan untuk menjemput penduduk datang ke keraian itu. Selain perkahwinan ada juga dimainkan untuk kenduri, bertunang dan berkhatan.
"Saya sendiri ada memori betitik ini sejak kecil apabila rumah saya selalu jadi tumpuan betitik. Keluarga saya ramai jadi kadangkala sampai dua tiga kali setahun majlis perkahwinan, kemudian ada acara lain jadi kami selalu mainkan betitik ini," katanya kepada Bernama.
Jasnih berkata apa yang menarik, irama dan lagu untuk tradisi betitik ini mempunyai kepelbagaian antaranya dari segi tempo rancak atau perlahan juga kesesuaian majlis diraikan, selain kemahiran pemain muzik itu sendiri.
"Ada juga kelainan dari segi kawasan tempat kami tinggal seperti saya dari Tuaran, irama dan lagu betitik kami mainkan ada berbeza dengan rakan kami dari Putatan atau Kota Belud. Kami sejak kecil didedahkan dengan betitik jadi daripada irama dan lagu kami tahu betitik ini dari kawasan mana," katanya.
Beliau meluahkan rasa syukur apabila tradisi betitik sekarang dikenali dan popular dalam kalangan generasi muda Bajau Samah juga diminati oleh etnik lain di Sabah seperti Kadazan, Dusun, Rungus dan Melayu kerana ia memainkan peranan penting dalam usaha memastikan tradisi itu kekal merentas zaman.
Pengurus Kumpulan Gema Bertingkah Harun Kamaruddin, yang muncul juara Pertandingan Betitik Peringkat Negeri Sabah pada 27 Feb lepas, berkata ahli kumpulan itu berlatih selama hampir satu bulan untuk menyertai pertandingan tersebut.
Kumpulan itu dianggotai rata-rata golongan remaja dan awal 20-an, yang juga cucu kepada Harun serta rakan-rakan mereka dari Putatan, yang menurut Harun beliau telah mendidik cucunya sejak berusia tujuh tahun dalam tradisi betitik itu.
Apa yang menarik, Harun, 66, sebenarnya berasal dari Negeri Sembilan dan bertemu dengan isterinya dari etnik Bajau Samah selepas bertugas di Sabah pada 1980 seterusnya "jatuh cinta" dengan muzik serta irama betitik.
"Di Negeri Sembilan dulu saya aktif caklempong kumpulan Seri Minang Negeri Sembilan yang ada persamaan dengan betitik jadi peralihan itu agak mudah. Bila majlis perkahwinan saya cuba tampilkan cucu saya supaya anak muda boleh lihat betitik ini juga dimainkan generasi mereka," katanya.
Beliau berkata berdasarkan pengalamannya, betitik ini adalah sebuah tradisi yang seharusnya diwariskan dan dipertahankan seluruh rakyat Malaysia sebagai suatu khazanah budaya untuk generasi seterusnya serta tidak terhad kepada Bajau Samah atau orang Sabah semata-mata.
Muhamad Nabil Mohamat, 34, pemain kulintangan dari Kumpulan D Derumpun di Petagas berkata beliau tidak mendapat latihan formal untuk bermain alat muzik betitik terutamanya kulintangan, sebaliknya belajar dengan melihat generasi terdahulu bermain alat muzik itu sebelum berlatih.
"Sejak kecil saya minat lihat generasi dahulu main alat muzik ini, antaranya nenek saya main kulintangan saya duduk sebelah tengok dia main kemudian saya berlatih. Bila umur belasan tahun, saya rakam muzik mereka mainkan kemudian saya berlatih memainkan muzik yang saya dengar itu.
"Arwah ibu saya pernah beri wang untuk saya beli set kulintangan dan saya dapat sokongan kuat daripada keluarga untuk teruskan tradisi betitik ini sehingga ke hari ini," katanya yang dinobatkan sebagai pemain kulintangan terbaik pada Pertandingan Betitik Peringkat Negeri Sabah itu.
Beliau berharap tradisi betitik itu dapat dikembangkan sebagai satu daripada tarikan pelancongan untuk Sabah juga Malaysia, malah berterima kasih kepada usaha dimainkan Hajiji dan kerajaan negeri dalam memastikan tradisi Bajau Samah antaranya betitik dapat dipertahankan.
Pewarta Bernama Sandakan Nur Adika Bujang, 46, juga dari etnik Bajau Samah, berkata banyak memori indah ketika kecil menyaksikan tradisi betitik antaranya beliau bersama rakan mengetuk tong minyak dikenali 'jerikin' oleh masyarakat setempat atau bahasa Inggeris jerrycan mengikut muzik betitik dimainkan.
"Bunyi gendang diketuk kami ikut pukul jerikin sampai habis kemek dibuatnya, malah orang tua juga bagi kami main kulintangan walaupun kami tidak pandai. Istimewanya kulintangan ini, diketuk macam mana pun tetap jadi irama," katanya yang berharap betitik kekal segar dan diwarisi rakyat dari seluruh Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 11 2024
Alat muzik yang selalunya digunakan dalam tradisi betitik antaranya gendang, gong, bebandil dan kulintangan, dimainkan membentuk satu alunan irama yang melambangkan keharmonian dan kesepakatan. - Foto BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Tradisi betitik oleh etnik Bajau Samah segar merentas zaman di Sabah
Tradisi betitik yang dimainkan di desa atau di bandar, mampu dikekalkan bergenerasi lamanya malah dipertandingkan secara tahunan.