DALAM geografi fizikal, tundra ialah sejenis keadaan bioma di mana pertumbuhan pokok terhalang oleh suhu yang sejuk dan musim pertumbuhan yang singkat. Istilah tundra berasal dari bahasa Rusia yang bermaksud 'dataran tinggi' dan 'laluan di pergunungan tanpa pokok'.

Landskap tundra berubah dengan dramatik apabila suhu berubah dan musim panas menjadi panjang, dengan pokok menjalar tinggi dalam situasi yang dipanggil 'penghijauan Artik'.

Isla Myers-Smith, ahli ekologi, seorang pengembara National Geographic, dan profesor di Universiti Edinburgh di Scotland, mengetuai pasukan penyelidik yang mengkaji perubahan ini. Mereka memberi tumpuan kepada pokok renek, spesies kayu tundra yang bertindak balas dengan cepat terhadap pemanasan.

Kerja lapangan beliau kebanyakannya dijalankan di Wilayah Yukon, Kanada. Beberapa tahun kebelakangan ini, disebabkan sekatan perjalanan akibat pandemik, pasukan itu menjalankan penyelidikan di Cairngorm Mountains of Scotland, di mana tundra terakhir dapat dilihat di United Kingdom.

Kumpulan pemantau yang merekodkan perubahan di zon Artik. - Facebook Keskkonnakaitse Ja Maastikukorralduse Õppetool/Timo Kumpula, Mariana Morgado, Volha Kaskevich

Apabila suhu menjadi panas, permafrost mencair, membebaskan sebahagian daripada 1,700 bilion tan karbon, hampir dua kali ganda daripada jumlah yang terkandung di atmosfera, kebanyakannya dalam bentuk haiwan dan tumbuhan purba yang separa reput.

Apabila tanah menjadi panas, tumbuhan tumbuh lebih tinggi dan lebih padat, dengan salji berfungsi sebagai pelidnung tanah dan mempercepatkan lagi pemanasan untuk membebaskan lebih banyak karbon.

Myers-Smith juga mengkaji faktor lain, iaitu tanah yang teduh dari tumbuhan yang besar dan tinggi mungkin mengekalkan suhu sejuk tanah semasa musim panas.

"Teduhan itu mengimbangi suhu, tetapi persoalannya ialah sama ada ia akan berterusan kerana kita menyaksikan suhu semakin panas," jelasnya.

Dengan tundra semakin menghijau, Myers-Smith melihat implikasi yang ketara dalam hidupan liar, terutamanya haiwan yang bergantung pada manusia.

Masa tumbuhan menghijau pada musim bunga mempengaruhi masa rusa kutub memulakan penghijrahannya, di mana perjalanannya berakhir dan nutrien dalam susu untuk anaknya, yang kesemuanya boleh memberi kesan kepada bilangan populasinya.

Haiwan lain, seperti moose dan memerang, juga bergerak ke utara, keluar dari hutan boreal ketika tundra mula menghijau.

Perkembangan tahun demi tahun memungkinkan zon Artik menjadi semakin hijau, menjadi sama seperti kawasan di barat daya Alaska ini. - AP

Memetik laporan TheConnversation.com, badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) iaitu Panel Antara Kerajaan Berkenaan Perubahan Iklim menganggarkan sebarang perubahan pada liputan salji sudahpun memberi kesan terhadap keselamatan makanan dan air.

Banyak komuniti asal tempatan bergantung kepada aktiviti berburu, memasang perangkap dan menangkap ikan, dan perkembangan kawasan hijau hanya akan menjejaskan keseimbangan sitem Artik yang kompleks.

“Ramai dalam kalangan kita menganggap Artik sebagai tempat yang sangat jauh dan terpencil. Tetapi hakikatnya ia adalah kediaman bagi sekelompok kumpulan.

"Cara sistem global berfungsi bermakna pemanasan yang dipercepatkan di tundra akhirnya akan menuju ke selatan.

"Di mana sahaja, perubahan itu perlu dan penting, kita harus melakukan sesuatu," katanya.