awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM100 juta diperuntuk tahun ini bagi perluas rawatan dialisis peritoneal - Dzulkefly
BM, Sejarah wajib untuk pelbagai aliran bukan keputusan muktamad kemasukan ke IPTA - Zambry
'Coach Cerai': Pasangan Islam perlu rujuk pihak autoriti agama dalam isu cerai - Marhamah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubah stigma masyarakat, subjek seni tidak boleh dipandang enteng

Faida Rahim
Faida Rahim
25/12/2022
07:02 MYT
Ubah stigma masyarakat, subjek seni tidak boleh dipandang enteng
Usaha ini juga bagi memastikan pelajar aliran seni tidak berterusan terasa sebagai kategori pelajar kelas kedua yang tidak diberikan perhatian. - Cikgu Riez Kuantan
KUANTAN: Sering kali masyarakat membayangkan subjek Pendidikan Seni Visual (PSV) dikhususkan untuk pelajar tidak cemerlang dan hanya ditawarkan kepada pelajar bukan aliran sains, yang rata-ratanya ditempatkan di kelas akhir.
Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Rangin Kuantan, Rizuan Shah Hapipi berpendapat stigma ini perlu dikikis bagi mewujudkan insan seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dalam usaha memperkasakan subjek elektif, Rizuan bersama pengetua, Hanita Kassim menjayakan projek menaik taraf bilik seni di sekolah berkenaan.
“Sejajar dengan Program Sekolahku Sejahtera, kami bersama para pelajar menjalankan transformasi bilik seni agar menjadi lebih selesa dan kondusif.
“Usaha ini juga bagi memastikan pelajar aliran seni tidak berterusan ‘terasa’ sebagai kategori pelajar kelas kedua yang tidak diberikan perhatian,” katanya kepada Astro AWANI.
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Bertemakan ‘less is more’, suasana bilik diubah berlatarkan warna pastel lembut antaranya mint green dan baby blue.
“Seringkali kita bayangkan bilik seni sebagai bilik tidak terurus, sarat dengan hasil kerja pelajar dan muram.
“Elemen cahaya semula jadi menjadikan ruang bilik seni ini tampil luas kerana penggunaan langsir separa gantung dan warna putih masih mendominasi keseluruhan warna dinding.
“Hasil karya pelajar masih dalam proses pemilihan namun sebahagian sudah dipamerkan untuk tatapan pengunjung untuk dijadikan inspirasi. Ruang pameran menekankan konsep ‘eye rest’ yang mana ruang tidak terlalu sarat dengan karya,” katanya.
Tambahnya, bilik seni turut dilengkapi komputer, projektor, LCD dan mesin cetak bagi kemudahan pelajar mengakses maklumat dan belajar secara optimum.
Kredit: Astro AWANI
Kredit: Astro AWANI
Sementara itu, Pengetua Hanita Kassim memaklumkan menjadi tanggungjawabnya memastikan pelajar seronok ketika berada di sekolah.
“Pelajar merupakan klien saya. Sudah pasti saya mahu pastikan mereka gembira di sini. Semua pelajar akan diberikan perhatian dan layanan secara sama rata dan tiada layanan berbeza,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kuantan
#bilik seni
#Pendidikan Seni Visual
#Cikgu Rizuan Shah Hapipi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan