Skip to main content

Malaysia

PM Anwar hadir mesyuarat khas pembangunan bahagian di Sarawak

KUCHING, 13 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Negeri di Kompleks Satria Pertiwi di Petra Jaya, hari ini.  Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof (tiga,kanan) dan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg (dua,kiri).  -- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Mesyuarat selama kira-kira sejam itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja Perdana Menteri ke setiap negeri bagi mengadakan perbincangan secara langsung dengan kepimpinan setempat mengenai projek pembangunan dan kebajikan rakyat. -Foto Bernama

KUCHING: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Mesyuarat Khas Pembangunan Bahagian di Kompleks Satria Pertiwi di sini. 

Turut hadir pada mesyuarat itu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Mustapha Sakmud serta anggota Kabinet Negeri.

Advertisement

Mesyuarat selama kira-kira sejam itu adalah sebahagian daripada lawatan kerja Perdana Menteri ke setiap negeri bagi mengadakan perbincangan secara langsung dengan kepimpinan setempat mengenai projek pembangunan dan kebajikan rakyat.

Selain itu, ia menjadi platform penting dalam menyelaraskan perancangan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri selain meneliti isu-isu semasa yang memerlukan perhatian serta tindakan segera.

Selepas mesyuarat berkenaan, Perdana Menteri dijadualkan meninjau Bazar Ramadan Sukma Ria di sini sebelum menghadiri Majlis Berbuka Puasa MADANI 2026 Peringkat Sarawak di Masjid Jamek Negeri Sarawak, malam ini.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video