Waris Syarikat Naza dan Berjaya bernikah hari ini?

Nursyazwani Saiful Sham
Februari 2, 2018 04:09 MYT
Gambar menunjukkan mereka sah bergelar suami isteri telah dimuat naik di laman Instagram milik Marion Caunter. Foto: Instagram/@marioncaunter
Waris kepada dua syarikat terbesar di Malaysia, Naza Group dan Berjaya Group dipercayai bernikah pada satu majlis hari ini.
Bagaimanapun, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh SM Faliq SM Nasimuddin, 33 tahun, dan Chryseis Tan, 30 tahun.
Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin yang juga abang kepada SM Faliq telah memuat naik gambar mereka sah bergelar suami isteri di laman instagramnya.
Gambar sama turut dimuat naik isteri SM Nasarudin, Marion Caunter.
Pasangan itu telah mengumumkan pertunangan mereka pada Julai lepas menerusi laman media sosial, Instagram.
BACA: Waris Berjaya dan Naza jalin pertunangan
BACA: Heirs to two biggest corporate groups announce engagement
Pada posting terkini di Instagram milik Chryseis telah menunjukkan indikasi yang beliau dan pasangan akan mendirikan rumah tangga menerusi gambar dan kapsyen.
Perkahwinan kedua mempelai ini bukan sahaja akan menyatukan dua keluarga jutawan terbesar negara, malah akan membentuk sebuah konglomerat terbesar di Malaysia, dalam bentuk aset, sekiranya terdapat penyatuan korporat di antara Naza Group dan Berjaya Group.
Anak Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan anak Tan Sri Vincent Tan itu mengikat tali pertunangan semasa mereka sedang bercuti di Marrakesh, Maghribi.
#Berjaya Group #Chryseis Tan #Instagram #Media #media sosial #Naza Group #perkahwinan #SM Faliq SM Nasimuddin