awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wau 'naga' perlu tenaga 15 lelaki untuk diterbangkan

Bernama
Bernama
27/03/2022
09:36 MYT
Wau 'naga' perlu tenaga 15 lelaki untuk diterbangkan
Komuniti penduduk dari Kampung Tok Dir dan Kampung Raja Chendering bekerjasama menerbangkan Wau Naga sepanjang 70 meter ketika tinjauan di Jambatan Angkat (Drawbridge), hari ini. - Bernama
KUALA TERENGGANU: Seorang penjawat awam bukan sahaja mengambil masa selama setahun untuk menyiapkan satu wau berbentuk seperti naga, malah memerlukan bantuan seramai 15 lelaki dewasa untuk menerbangkannya di Dataran Jambatan Angkat di sini.
Pembantu Operasi di Majlis Bandaraya Kuala Terengganu Syed Mizan Syed Ahmad, 40, berkata walaupun proses membuat wau sepanjang 80 meter itu mengambil masa yang lama dan agak sukar, ia memberi kepuasan apabila berjaya diterbangkan serta menarik perhatian orang ramai.
"Kos membuat wau ini lebih RM1,500...saya bukanlah pakar, cuma ada sedikit kemahiran dan menonton proses membuatnya di YouTube, akhirnya wau naga ini berjaya siap dan dapat diterbangkan dengan sempurna," katanya.
Beliau ditemui Bernama pada pertunjukan wau naga miliknya sempena Karnival Usahawan Terengganu 2022 di Dataran Jambatan Angkat di sini, hari ini.
Menurut Syed Mizan, antara bahan utama yang diperlukan untuk membuat wau naga itu ialah gentian yang dibeli khas dari Indonesia, buluh dan kertas.
"Badan wau naga dihasilkan menggunakan gentian manakala kerangka kepala pula diperbuat daripada buluh...rekaan naga unik, menarik dan kelihatan 'gagah' apabila diterbangkan di udara," katanya yang meminati permainan tradisional itu sejak kecil.
Syed Mizan berkata untuk menerbangkan wau tersebut dengan sempurna, ia memerlukan bantuan ramai orang kerana jika tersalah kaedah, ia akan gagal terbang dengan baik.
"Ini adalah wau naga kedua yang saya buat setelah kejayaan pertama menerbangkan wau naga pada Februari tahun lepas. Memang sangat mencabar untuk buat dan terbangkan wau ini, tapi saya tetap bersemangat untuk menghasilkannya," katanya.
Beliau berkata usahanya membuat wau naga itu diharap dapat mengangkat martabat permainan tradisional rakyat, walaupun ia dihasilkan dengan sedikit inovasi untuk menarik perhatian generasi muda.
"Ramai golongan belia dari Kampung Raja Chendering dan Kampung Tok Dir di Marang yang semakin berminat dengan wau naga. Pembuatannya memerlukan ketekunan dan kesungguhan kerana sedikit kesilapan sahaja boleh mengganggu kelancarannya terbang di udara.
"Walaupun bukan wau tradisional biasa, sekurang-kurangnya dapat menggalakkan belia melakukan aktiviti yang lebih bermanfaat bagi mengisi masa lapang," katanya.
Syed Mizan berkata dia juga bersedia untuk membuat pertunjukan wau naga pada mana-mana program agar ia dapat dipertontonkan dengan lebih meluas kepada orang ramai.
-- BERNAMA / Kamaliza Kamaruddin
Topic Berkaitan
#wau naga
#terengganu
#tradisional
#Dataran Jambatan Angkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan