Peminat pasukan Johor Darul Takzim (JDT) terus menyuarakan sokongan kepada pasukan itu.

Walaupun tewas di tangan Pahang pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2014 yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Sabtu malam, namun ramai penyokong menganggap ia kekalahan bermaruah.

Pahang menewaskan JDT pada penentuan sepakan penalti yang berkesudahan dengan keputusan 5-3.

Terdahulu, kedua-dua pasukan diheret ke masa tambahan selepas tamat masa penuh perlawanan.

Kedudukan masih buntu tanpa sebarang jaringan pada 30 minit waktu tambahan lantas memaksa perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti.







Kegagalan Mat Yo atau Norshahrul Idlan Talaha untuk menjaringkan sepakan penalti membuka ruang buat Pahang muncul juara turut menjadi topik hangat di Twitter:







‎Sementara itu, sebuah video yang tersebar semasa kontroversi melibatkan isteri Mat Yo dan seorang pengawal keselamatan pada September tahun lalu kembali dikongsikan di laman media sosial susulan kekalahan JDT.


Kekalahan JDT turut mendapat perhatian penganalisis politik Norizan Sharif. Menerusi akaun Facebook beliau, Norizan berkata tidak adil kekalahan JDT dipikul oleh Mat Yo seorang.

Norizan

“Amat malang kemenangan pasukan bolasepak itu ditentukan oleh tendangan penalti, sekali gus mengabaikan keseluruhan perjuangan yang berlangsung dalam separuh masa pertama dan kedua.

“Lebih malang, apabila kekalahan itu terpaksa dipikul oleh seorang pemain bernama Mat Yo, lalu melepaskan sepuluh pemain lain daripada bebanan tanggungjawab,” tulis Norizan.