awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM24 juta - Loke

Bernama
Bernama
24/04/2025
10:15 MYT
Nombor pendaftaran A_A kutip hasil bidaan lebih RM24 juta - Loke
Anthony Loke pada Majlis Pelancaran Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan EV di Port Klang Cruise Terminal hari ini. - Gambar/ Bernama
PELABUHAN KLANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip hasil bidaan lebih RM24 juta bagi Nombor Pendaftaran Istimewa(NPI) Siri 'A__A' sempena sambutan ulang tahun JPJ ke-79.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata dalam tempoh lima hari bidaan berakhir semalam, A9A mencatat bidaan tertinggi dengan RM902,020, diikuti A11A (RM703,007), A8A (RM700,000), A7A (RM502,000) dan A2A (RM490,888).
"Lima nombor paling banyak dibida ialah A51A dengan 40 pembida, A101A (31), A8118A (29), manakala 1881A serta A19A masing-masing sebanyak 27 pembida," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Latihan Pemandu Lori Pengangkut Kereta untuk Pengendalian Kenderaan Elektrik (EV) di sini hari ini.
Loke berkata hasil bidaan NPI termasuk siri A__A akan dipulangkan semula kepada rakyat menerusi pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Kementerian Pengangkutan seperti program MyLESEN, pertukaran topi keledar dan Program FlySISWA.
Beliau berterima kasih kepada semua yang membida bagi mendapatkan NPI itu sejak bidaan dibuka secara dalam talian melalui Sistem JPJeBid pada 19 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ
#nombor pendaftaran istimewa
#A9A
#Anthony Loke
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan