awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakej melancong palsu: Bekas suami Kim Seri ditahan

Bernama
Bernama
27/04/2025
14:21 MYT
Pakej melancong palsu: Bekas suami Kim Seri ditahan
M Kumar berkata, tangkapan dilakukan pada 21 April lepas dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan lanjut bagi lapan lagi aduan di Johor bagi kes yang sama. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Polis Johor menahan bekas suami kepada pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai 'Kim Seri' bagi siasatan kes menipu mangsa dengan menawarkan pakej pelancongan ke Korea Selatan.
Ketua Polis Johor Datuk M Kumar berkata warga tempatan berusia 41 tahun itu merupakan pemilik akaun syarikat Cikgu Kimchi Trading yang menggunakan syarikat berkenaan untuk menerima pembayaran daripada mangsa.
Beliau berkata tangkapan dilakukan pada 21 April lepas dan lelaki itu masih ditahan untuk siasatan lanjut bagi lapan lagi aduan di negeri ini bagi kes yang sama.
"Lapan kertas siasatan telah dibuka terhadap akaun terlibat membabitkan Johor Bahru Selatan, Kota Tinggi, Seri Alam, Iskandar Puteri, Muar dan Kluang serta akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwaraya untuk selanjutnya.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan tipu. Polis Johor turut mendapati suspek juga terlibat dengan modus operandi yang sama di beberapa kontinjen (negeri) lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, tular di media sosial mengenai beberapa individu didakwa menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan milik pempengaruh tempatan yang menetap di Korea Selatan dengan jumlah kerugian hampir RM500,000.
Kim Seri atau nama sebenarnya Seri Azlina Mohamed Sani telah membuat permohonan maaf secara terbuka dan berjanji akan memulangkan wang pelanggan yang terjejas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakej melancong palsu
#Lelaki ditahan
#polis
#M Kumar
#bekas suami kim seri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan