awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PGA gagalkan cubaan seludup lebih 4,000 anak pokok di Pasir Mas

Bernama
Bernama
18/04/2025
03:50 MYT
PGA gagalkan cubaan seludup lebih 4,000 anak pokok di Pasir Mas
Kesemua suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan selanjutnya.
KOTA BHARU: Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara menggagalkan cubaan menyeludup 4,050 pelbagai jenis anak pokok di dua lokasi berasingan di Pasir Mas menerusi Op Taring Wawasan, semalam.
Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, rampasan pertama dilakukan sekitar 8.30 malam di Kampung Parit Air, Rantau Panjang apabila anggota pasukan menahan sebuah lori yang membawa 2,500 pelbagai jenis anak pokok.
"Hasil pemeriksaan mendapati anak-anak pokok itu disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit.
"Pemandu lori, seorang lelaki tempatan berumur 29 tahun, gagal mengemukakan dokumen sah dan tanaman itu disyaki diseludup dari Thailand," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata, nilai keseluruhan rampasan termasuk lori dianggarkan berjumlah RM525,000 dan kes disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 (Akta 167) Seksyen 5.
Sementara itu, Nik Ros Azhan berkata, pihaknya turut menahan sebuah lori yang membawa 1,550 pelbagai jenis anak pokok sekitar 6.30 petang di Jalan Besar Rantau Panjang-Pasir Mas.
"Pemeriksaan mendapati pokok-pokok itu juga disyaki mengandungi serangga perosak dan penyakit. Pemandu lelaki tempatan berumur 33 tahun, juga gagal menunjukkan sebarang dokumen dan tanaman dipercayai diseludup dari Thailand," katanya.
Beliau berkata, nilai rampasan kedua dianggarkan RM382,000 termasuk lori dan kes turut disiasat di bawah Akta Kuarantin Tumbuhan 1976.
"Kesemua suspek serta barang rampasan telah diserahkan kepada Bahagian Biosekuriti Tumbuhan Kelantan untuk tindakan selanjutnya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#seludup anak pokok
#Op Taring Wawasan
#Pasukan Gerakan Am
#nilai rampasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan