awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rumah terbuka platform pemimpin bertemu masyarakat - MB Pahang

Bernama
Bernama
01/04/2025
09:59 MYT
Rumah terbuka platform pemimpin bertemu masyarakat - MB Pahang
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata majlis seumpama itu juga dapat mengeratkan silaturahim pemimpin dan penduduk dengan bersua muka dan berbual. - Foto Facebook Wan Rosdy Wan Ismail
PEKAN: Penganjuran rumah terbuka dilihat sebagai platform bagi pemimpin negeri bertemu masyarakat pelbagai kaum dan latar belakang.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata majlis seumpama itu juga dapat mengeratkan silaturahim pemimpin dan penduduk dengan bersua muka dan berbual.
"Kehadiran hari ini bukan sahaja dalam kalangan peneroka, kampung tradisional malah juga masyarakat pelbagai kaum dan Orang Asli yang datang memeriahkan rumah terbuka ini.
"Majlis seumpama ini membolehkan kita berjumpa dan bersemuka antara satu sama lain dalam masa sama kita boleh borak serta berbincang," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di Dewan Dato' Shahbandar, Chini di sini hari ini yang dimeriahkan dengan kehadiran lebih 10,000 tetamu.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah bersama paduka-paduka anakanda berkenan berangkat ke majlis anjuran Wan Rosdy itu.
Al-Sultan Abdullah yang meluangkan masa lebih dua jam di majlis itu turut berkenan mendendangkan tiga lagu iaitu Satu Hari Di Hari Raya nyanyian Datuk M Nasir, Balik Kampung (Datuk Sudirman Arshad) dan Butakah Cinta (kumpulan Spring).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah terbuka
#platform
#pemimpin bertemu masyarakat
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan