awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TUDM lakukan penerbangan ihsan bawa pesakit terima rawatan segera

Bernama
Bernama
03/04/2025
14:33 MYT
TUDM lakukan penerbangan ihsan bawa pesakit terima rawatan segera
Rahim Shadan yang menghidap penyakit Severe Pneumonia with Bronchospasm and Pulmonary Edema diterbangkan menggunakan pesawat EC 725AP No. 10 Skuadron dari Pulau Tioman pada 11.26 pagi menuju ke PU Kuantan. - Gambar TUDM
KUANTAN: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang pesakit dari Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman, Rompin bagi mendapatkan rawatan segera di Hospital Tunku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan di sini pagi tadi.
TUDM dalam kenyataan memaklumkan Rahim Shadan, 58, yang menghidap penyakit Severe Pneumonia with Bronchospasm and Pulmonary Edema diterbangkan menggunakan pesawat EC 725AP No. 10 Skuadron dari Pulau Tioman pada 11.26 pagi menuju ke Pangkalan Udara (PU) Kuantan.
"Pesakit perlu dipindahkan segera ke hospital kerana memerlukan bantuan oksigen yang tinggi akibat penyakit yang dihadapinya. Pesakit tiba di PU Kuantan kira-kira 12.38 tengah hari dan terus dibawa ke HTAA menggunakan ambulans.
"Seluruh warga TUDM mendoakan semoga pesakit dipermudahkan segala urusan rawatan dan diberikan kesembuhan," menurut kenyataan itu.
TUDM berkata biarpun berdepan dengan cuaca buruk semasa melaksanakan misi tersebut, anak kapal No. 10 Skuadron berjaya menyempurnakan tugas dengan selamat.
"Kejayaan ini membuktikan pegawai dan anggota serta aset TUDM sentiasa dalam siap siaga sepanjang masa bagi melaksanakan sebarang operasi yang diamanahkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca buruk
#TUDM
#bantuan oksigen
#urusan rawatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan