awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar maut, nahas motosikal, van di Parit

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
09/04/2025
22:30 MYT
Warga Myanmar maut, nahas motosikal, van di Parit
Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal berumur 38 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lelaki penumpang van di hadapan, tersepit di bahagian kaki.
PARIT: Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas motosikal yang ditunggang terbabit dalam nahas dengan sebuah van di Jalan Senggang Kuala Kangsar, di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan mengena kemalangan itu pada 8.42 malam.
Menurutnya, sepasukan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit digerakkan ke lokasi sebaik menerima maklumat.
“Setibanya di lokasi, didapati kemalangan melibatkan sebuah van yang dinaiki tiga orang dan sebuah motosikal.
“Penunggang motosikal berumur 38 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM) manakala seorang lelaki penumpang van di hadapan, tersepit di bahagian kaki,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Sabarodzi berkata, ketua operasi melaksanakan sizeup seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER dengan mengarahkan anggota menggunakan peralatan hidrolik untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit sebelum diserahkan kepada pihak KKM untuk tindakan lanjut.
Menurutnya, mangsa yang maut pula telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II TBK Mohd Zain Mat Yusoff tamat jam 10.40 malam.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#warga Myanmar maut
#nahas motosikal
#Jalan Senggang Kuala Kangsar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan