awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Moto Z dengan sokongan modular kini di Malaysia

Amanz
Amanz
14/11/2016
23:35 MYT
Moto Z dengan sokongan modular kini di Malaysia
Kedua-dua peranti ini telah dilancarkan di Malaysia, dan boleh didapati pada harga RM1,799 untuk Moto Z Play, sementara Moto Z pula berharga RM2,699. - Foto Amanz
MOTOROLA merupakan salah satu jenama yang dikenali ramai, tetapi akhir-akhir ini ia kian dilupakan disebabkan oleh rombakan pada syarikat.
Motorola kini di bawah Lenovo, dan kini, selepas hilang daripada pasaran tempatan untuk seketika, jenama berkenaan kembali semula.
Terkini, Lenovo di Malaysia telah memperkenalkan dua telefon pintar daripada Motorola, iaitu Moto Z dan Moto Z Play.
Moto Z membawakan rekaan yang sangat nipis, dan menjadi fokus utama adalah sokongan modular berasaskan magnetik pada bahagian belakang.
Pengguna boleh menambah sebarang modul - sama ada kamera, bateri tambahan, speaker mahupun projektor dengan mudah, iaitu hanya perlu menghubungkan ia dengan melekap secara magnetik di belakang.
Moto Z juga tidak mempunyai audio-jack, dan memerlukan penghubung khusus untuk menggunakan headphone sedia ada di pasaran.
Selain Moto Z, Lenovo turut memperkenalkan Moto Z Play yang menawarkan masa penggunaan bateri lebih lama, tetapi hadir dengan spesifikasi lebih rendah.
Kedua-dua peranti ini telah dilancarkan di Malaysia, dan boleh didapati pada harga RM1,799 untuk Moto Z Play, sementara Moto Z pula berharga RM2,699.
Topic Berkaitan
#Gadget Nation
#gajet
#Moto Z
#Moto Z Play
#Motorola
#telefon pintar
#ulasan teknologi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan