awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Miri siap sedia anjur sambutan Hari Malaysia paling meriah

Bernama
Bernama
15/09/2014
03:34 MYT
Miri siap sedia anjur sambutan Hari Malaysia paling meriah
Miri siap sedia anjur sambutan Hari Malaysia paling meriah. -Gambar fail
Semua persiapan kini selesai dan hanya menantikan Miri, bandar bukan ibu negeri yang pertama dinaikkan ke taraf bandar raya pada 2005, untuk menyambut beribu-ribu pelawat bagi memeriahkan sambutan Hari Malaysia ke-51 peringkat kebangsaan.
Tahun ini, sambutan yang akan diadakan di Dataran Kipas iaitu taman rekreasi popular berbentuk kipas dan kawasan tarikan pelancong terletak di tengah-tengah bandar raya ini, bakal menjadi sambutan paling meriah.
Ia dijangka lebih meriah daripada sambutan tahun sebelumnya kerana cuti sekolah selama seminggu yang bermula Jumaat lepas akan menyaksikan peningkatan ketara pelawat dari Brunei, yang terletak kira-kira satu jam perjalanan darat dari pusat bandar raya.
Bagi masyarakat tempatan di sini seperti Presiden Persatuan Dayak Miri (DAM), Serawa Budol, sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan yang julung kalinya diadakan di bandar raya Miri adalah detik yang ditunggu-tunggu beliau dan pemimpin masyarakat yang lain.
"Kami amat berbesar hati, Hari Malaysia adalah sangat istimewa untuk kami, rakyat Sarawak. Kami menugaskan 50 anggota DAM untuk menyertai sambutan pada malam Selasa ini," kata beliau kepada Bernama di sini, hari ini.
Serawa mencadangkan pada masa depan, penganjur utama sambutan Hari Malaysia peringkat kebangsaan menyediakan peruntukan yang lebih termasuk mendapatkan penaja daripada syarikat multinasional seperti Shell dan Petronas bagi membolehkan semua lapisan masyarakat dapat menghayati erti sebenar penubuhan Malaysia.
"Ada ruang untuk membaikinya, mungkin tahun depan...menjelang sambutan Hari Malaysia, pihak penganjur boleh meminta syarikat besar menaja papan iklan besar yang memaparkan gambar bersejarah yang membawa kepada pembentukan Hari Malaysia supaya rakyat memahami sejarah terutama generasi muda," kata beliau.
Beliau turut menyarankan sambutan itu menggabungkan semangat petriotisme dan pendekatan ala karnival seperti musim perayaan, terutama pada waktu malam dengan memasang lebih banyak lampu hiasan di jalan-jalan utama dan taman rekreasi bagi menggambarkan budaya Malaysia yang unik.
Presiden Persatuan Jati Mierek Miri, Datuk Abdillah Abdul Rahim berkongsi sentimen serupa dengan mencadangkan tumpuan harus diberikan kepada usaha mewujudkan kesedaran mengenai pembentukan Hari Malaysia, terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Sementara itu, Datuk Bandar Bandaraya Miri Lawrence Lai berkata hitungan hari bagi sambutan Hari Malaysia akan bermula esok dengan 'Hitungan Hari Malaysia 916'" bersama-sama Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan lebih 20,000 hadiri yang akan memeriahkan acara itu.
Pelbagai acara disusun yang menampilkan artis-artis dari Sarawak, Sabah, Semenanjung, Korea Selatan, Sepanyol dan Ukraine.
Aktiviti keagamaan juga turut diadakan sempena sambutan Hari Malaysia.
Topic Berkaitan
##KitaSama
#Hari Malaysia
#Merdeka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan