Dalam tempoh tidak sampai sebulan, lebih 13 juta pengundi akan membuat penentuan memilih kerajaan yang akan mewakili mereka untuk tempoh lima tahun akan datang. Pilihan raya ini disifatkan oleh banyak pemerhati sebagai ibu kepada segala pilihan raya kerana persaingan yang dirasakan cukup sengit selepas keputusan pilihan raya umum yang lalu.
Petugas-petugas parti politik sejak beberapa bulan yang lepas telah melancarkan gerak kerja berkempen dan kempen itu kini masuk ke fasa yang akhir. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 hari sebagai tempoh kempen rasmi bermula 20 April ini.
Menjelang tempoh kempen rasmi itu, pihak polis telah mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan menghormati proses pilihan raya. Ia juga menyatakan kesediaan untuk menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 — undang-undang yang menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — bagi memastikan pilihan raya umum ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang boleh menjejaskan keselamatan.
Amaran dan kesediaan pihak berkuasa bertindak tegas adalah sesuatu yang sangat wajar. Apatah lagi dalam tempoh beberapa hari ini, pihak polis telah menerima beberapa laporan mengenai tindakan pekerja-pekerja parti politik yang bertanding yang melanggar undang-undang termasuk pergaduhan kecil dan insiden membakar bendera parti politik.
Kita memandang serius apa yang berlaku. Ia tidak seharusnya terjadi dalam sebuah masyarakat yang sedang menuju ke tahun 2020 untuk jadi sebuah negara maju dan menjadi sebuah masyarakat demokratik yang matang, bermoral dan beretika, liberal dan bertolak ansur.
Kita menyedari bahawa suhu politik di negara ini sudah cukup hangat sejak pilihan raya 2008. Kita dikatakan sebagai sebuah masyarakat yang terlalu banyak berpolitik; segala-galanya selalu dilihat dari kanta politik. Janganlah hendaknya ada mana-mana pihak yang bersikap mencurah minyak ke atas bara yang telah lama menyala itu.
Semua parti politik wajar mengingatkan ahli masing-masing untuk menjaga disiplin dan bersikap matang. Mereka yang nakal itu jumlahnya sedikit tetapi jangan kerana nila setitik, habis rosak susu sebelanga. Semua parti politik wajar beringat bahawa tidak semua di kalangan lebih 13 juta pengundi itu menjadi ahli kepada mana-mana parti politik dan tindak-tanduk ahli mereka sedang diperhatikan dengan dekat oleh semua rakyat yang cintakan keamanan.
Ini juga adalah tugas dan tanggungjawab kita semua untuk sama-sama memastikan bahawa pilihan raya kali ini berjalan dengan bersih, lancar dan aman. Kita tidak mahu pilihan raya negeri ini tercemar seperti pilihan raya yang berlaku di banyak negara asing. Masa depan dan keamanan negara ini terlalu berharga untuk kita perjudikan dengan sikap tidak bertanggungjawab yang tidak menghormati proses pilihan raya.
Astro Awani
Thu Apr 11 2013
Media main peranan sumber maklumat kerajaan kepada isu rakyat
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menggesa pengamal media mengamalkan sikap bertanggungjawab dan beretika dalam menyampaikan laporan.
Faisal alami kelecuran tahap empat, enam bulan pemulihan
Pemain sayap sensasi skuad Harimau Malaya Mohamad Faisal Abdul Halim atau dikenali Faisal Halim disahkan mengalami kelecuran tahap empat selepas menjalani pembedahan pertama pada Ahad.
Malaysia tidak campur urusan perniagaan syarikat pertahanan
Malaysia adalah sebuah negara perdagangan bebas yang memberi ruang kepada semua pemain industri global untuk memasarkan produk dan perkhidmatan mereka di Malaysia.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Malaysia mengambil pendekatan untuk tidak campur tangan dalam urusan perniagaan mana-mana syarikat global dengan mana-mana negara tertentu.
Iran, Turki sambut baik tindakan Hamas terima cadangan gencatan senjata
Langkah Hamas penting dari segi "kecerdasan politik penentangan" dan Israel digesa lakukan perkara yang sama.
863 polis, tentera dan pasangan akan mula mengundi awal
Seramai 625 anggota polis, 238 orang tentera dan pasangan akan mengundi awal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB), hari ini.
Wanita maut kemalangan, saksi diminta tampil salur maklumat - Polis
Polis minta kerjasama orang ramai salurkan maklumat berhubung kemalangan dua kenderaan di Jalan Keramat Pulai, Ipoh, Sabtu lalu.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Faisal Halim mungkin tak dapat beraksi lima atau enam bulan - Shahril
Shahril berkata, tonggak jentera serangan Gergasi Merah itu bakal menjalani sekurang-kurangnya dua pembedahan lagi selepas ini.
Pensyarah wanita disiasat sebar video aib bekas suami
Difahamkan, penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat mangsa berusia lingkungan 60-an bergelar Datuk, pada 28 April lalu.
MITI galak syarikat tempatan jalin kerjasama pelaburan dengan Arab Saudi
Arab Saudi juga mempelawa syarikat Malaysia untuk melabur di negara itu bagi membolehkan peningkatan perdagangan dan pelaburan dua hala.