SEPANJANG dua minggu ini, sorotan dunia dihalakan ke rantau Asia Timur, lebih khusus Semenanjung Korea. Perhatian diberikan atas sebab cemas seandainya perang nuklear sebagaimana ancaman Pyongyang menjadi kebenaran. Sekali pun skeptical bahawa kepimpinan Korea Utara yang diterajui si rambut pelik, Kim Jong-un ada keupayaan untuk melancarkan perang nuklear, asas bahawa negara komunis itu memiliki senjata pemusnah tidak boleh diabaikan sama sekali.
Aktor atau pelaku utama dalam drama ancaman perang ini tentunya Korea Utara. Manakala pelakon bersama menggerakkan latarnya, tidak lain tidak bukan Amerika Syarikat dan sekutunya Korea Selatan. Dapat dilihat bagaimana Washington agak gementar dengan ancaman perang terbaru oleh Pyongyang itu. Melalui kenyataan Menteri Pertahanannya, Chuck Hagel, ia mengakui bahawa reaksi Pyongyang terhadap sekatan kerana melancarkan ujian nuklear dan ancaman-ancaman yang menyusul selepasnya adalah sesuatu yang membahayakan dan cukup meruncing.
Ketika keadaan di Semenanjung Korea masih lagi tidak reda selepas dua minggu dalam kebimbangan, itulah sebabnya Washington meminta komitmen China untuk sama-sama memastikan rantau Asia Timur bebas perang nuklear. Lawatan Setiausaha Negara AS, John Kerry antara lain memuji tindakan China yang tidak lagi memberi bantuan kepada Pyongyang selepas negara itu menarik diri daripada menyertai rundingan enam negara berhubung isu nuklear Korea Utara tiga tahun lalu. Kerry juga ke Seoul, kunjungan yang bermatlamat cuba menjadi hero elakkan perang nuklear di Asia Timur.
Merujuk kepada perkembangan di Asia Timur, lebih khusus, ancaman perang nuklear, semuanya bermula dengan AS. Negara kuasa besar itu mencanangkan bahawa, dunia ini sudah selamat apabila persaingan kuasa AS dan Soviet berakhir serta Perang Dingin tamat. Tetapi dalam diam-diam dan rahsia, semasa pentadbiran bekas Presiden George W. Bush, ia mengarahkan penggunaan senjata nuklear ke atas sekurang-kurangnya tujuh negara. Ancaman itu tidak berubah sehingga sekarang, malah mewariskan keadaan yang sentiasa terdedah kepada ancaman dan balasan. Tujuh negara itu antaranya, China, Rusia, Iraq, Korea Utara, Iran , Libya dan Syria.
Rasionalnya arahan itu, di sebelah Asia Barat, Pentagon harus bersedia untuk melancarkan senjata nuklear dalam konflik Arab-Israel. Keadaan itu nampak jelas sekali, terutamanya semasa perang di Iraq dan kini Iran dan Syria dalam perkiraan Washington. Malah, senjata tersebut perlu digunakan jika Israel diserang Iran atau negara lain. Begitu juga di sebelah rantau Asia Timur, pertahanan AS harus bertindak menggunakan nuklear dalam perang antara China dengan Taiwan atau dalam serangan Korea Utara ke atas Korea Selatan.
Sudah tentu tujuh negara itu tidak senang dengan ancaman AS itu, walaupun mereka menyedari tiada potensi untuk menyaingi kuasa besar dunia itu. Kepada AS, daripada tujuh negara itu, paling berpotensi ialah Rusia dan China, namun tidak menolak bahawa bukan mustahil negara lain boleh bertindak jika berpeluang.
Pertimbangkan perkara ini. AS menang Perang Dunia Kedua kerana menggugurkan bom nuklear di Nagasaki dan Hiroshima, Jepun walaupuntidak berpeluang menggunakan nuklear ke atas Jerman. Begitu juga di Vietnam,Afghanistan dan Iraq , nuklear digunakan secara menyeluruh oleh AS untuk menjadikannya kuasa terunggul dunia. Itulah sebabnya juga kuasa AS terus kukuh dengan menggunakan senjata nuklear dan ancaman perang menggunakan pengeboman. Kekuatan senjata nuklear itu juga yang memastikan keunggulan Israel di Asia Barat dan kekebalan Taiwan di Asia Timur.
AS mungkin boleh terus memperoleh manfaat daripada strategi ini tetapi risiko kepada dunia amat tinggi. Jika berlaku peperangan, maka serang balas menggunakan senjata nuklear boleh memusnahkan bumi. Misalnya, kalau AS menggugurkan bom nuklear ke atas China, tentu Rusia akan merasa terancam dan menyerang balas. Begitu juga jika Pyongyang menyerang, maka AS tidak akan berdiam diri. Sebagai kuasa unggul dunia, ia perlu bertndak mempertahankan Seoul. Maka, berbalas serangan menggunakan nuklear pula akan berakhir dengan kemusnahan bumi.
Pada masa sekarang, perang nuklear dianggap mustahil akan berlaku. Pyongyang dikatakan tidak ada upaya, kerana ekonominya lemah, untuk melancar perang. Tetapi, pertimbangkan juga perkara ini, peristiwa 11 September 2001, juga dianggap mustahil, tetapi ia berlaku juga, jadi kenyataan dan kini tinggal sejarah.
Dunia tidak boleh menerima satu lagi perang atas sifatnya yang memusnahkan bumi dan planet. Di sisi lain, banyak perkara lagi yang lebih penting untuk dipertimbangkan daripada memikirkan ancaman perang satu lagi. Upamanya, musim pilihan raya yang akan berlaku sebagaimana bakal terjadi di Malaysia. Bagi negara dunia yang sudah mengadakan pilihan raya pula, pembentukan kerajaan pasca proses demokrasi itu juga penting untuk menjadi bukti tunai janji kepada rakyat.
Jadi, tuan berambut pelik, Kim Jong-un, sila tangguhkan, atau batalkan terus niat untuk menyerang Korea Selatan atau kepentingan AS pada bila-bila masa. Ia bukan sahaja membolehkan planet ini kekal terpelihara , malah lebih penting, penghuni dunia yang turut diwakili rakyat Malaysia berupaya menegakkan hak asasi, diberikan eksklusif untuk mereka, iaitu memilih dalam keadaan aman.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Apr 15 2013
Muhyiddin peroleh pasport jumpa pakar kanser pankreas di UK
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula hari ini hingga 14 Januari depan.
Kesan mendalam terhadap mental dan emosi pelajar SPM
Bencana banjir yang melanda bukan sahaja memusnahkan kediaman dan harta benda, tetapi juga mental dan emosi mangsa yang terjejas.
Danial Asyraf Mohd Fisal, Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah, antara yang paling terkesan apabila rumahnya dinaiki air sehingga ke paras dada hanya tiga hari sebelum menduduki peperiksaan.
Danial Asyraf Mohd Fisal, Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah, antara yang paling terkesan apabila rumahnya dinaiki air sehingga ke paras dada hanya tiga hari sebelum menduduki peperiksaan.
Sanusi dilepas, bebas kes hasut sentuh Sultan Selangor
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dilepaskan dan dibebaskan (DAA) oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam berhubung satu kes menghasut yang menyentuh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam satu ceramah politik Julai tahun lalu.
Pegawai Perubatan berdepan isu pengiktirafan berpeluang daftar semula
Pengamal perubatan yang telah melengkapkan latihan kepakaran dalam bidang pembedahan kardiotorasik dan perubatan keluarga namun berdepan dengan isu pengiktirafan bakal diberi peluang kedua untuk mendaftar semula dalam daftar pakar Majlis Perubatan Malaysia.
5.3 juta pek beras putih tempatan 10kg lenyap dalam banjir
Banjir yang melanda negara sejak awal tahun hingga Mei lalu mengakibatkan kira-kira 5.3 juta pek beras 10 kilogram lenyap.
Cip kuantum Google Willow selesaikan masalah 10 septilion tahun dalam masa 5 minit
Cip Kuantum Google Willow Menyelesaikan Masalah 10 Septilion Tahun Dalam Masa 5 Minit
Tesla catat nilai pasaran melebihi AS$1 trilion selepas Trump menang
Tesla, syarikat milik Elon Musk mencatat nilai pasaran saham melebihi AS$1 trilion pada Jumaat, buat kali pertama sejak 2022.
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah
Dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus.
Perlombongan, perkuarian catat purata gaji dan upah bulanan tertinggi sebanyak RM5,623 pada 2023
Laporan Survei Gaji dan Upah 2023 menunjukkan perkembangan positif dalam bilangan penerima dan tahap gaji dan upah.
“Biar dia buat kerja komuniti, biar orang nampak ni muka suka buli orang” - YB Rasah
Ahli Parlimen Rasah mencadangkan kerajaan untuk mempertimbangkan menambah khidmat masyarakat selain daripada membayar denda dan penjara untuk hukuman kepada pembuli siber
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kerajaan perlu tumpu tangani krisis kesihatan, masalah ekonomi dan contohi negara-negara Asia Timur
Kerajaan tidak seharusnya menjadikan perkiraan atau perhitungan politik jangka pendek untuk mempengaruhi dasar kesihatan dan ekonomi.
Malaysia Airlines perluas destinasi bagi pilihan tambang Kelas Ekonomi
Malaysia Airlines sentiasa berada di hadapan untuk menawarkan tambang dan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan seluruh dunia.