MASA silam adalah pengajaran yang sangat berguna bagi mereka yang tahu (dan mahu belajar daripada) sejarah. Ia sebaliknya satu kutukan bagi mereka yang lalai — yang kemudiannya terperangkap mengulangi sejarah yang sama.
Apa yang terjadi di Lahad Datu, Sabah sejak lebih sebulan yang lalu — dari satu sisi — boleh dilihat sebagai sebuah episod yang sekarang sebenarnya diulang semula; episod yang tidak sempat selesai dalam sejarah dan kini cuba disempurnakan.
Ia mengingatkan kita kepada apa yang pernah diucapkan oleh George Santayana, ahli falsafah sekaligus seorang esais berbangsa Sepanyol yang terkenal itu: "Mereka yang tidak mengenang masa lalu, terkutuk akan mengulanginya."
Sejarah mencatatkan bahawa 45 tahun yang lalu, sekumpulan pemuda Moro dari suku Tausug atau Suluk dibunuh beramai-ramai di Pulau Corregidor, Filipina. Episod sejarah yang berdarah itu dikenali dengan nama Pembantaian Jabidah. Ia berlaku pada 18 Mac 1968.
Pemuda Moro yang terbunuh dan kuburnya tidak bertanda itu — mayat mereka dibakar dan sisanya dicampakkan ke laut — adalah pelatih unit khas yang dibentuk secara sulit oleh Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos. Unit itu diberi nama Jabidah; misinya untuk menyerang Sabah. Ia dikatakan satu misi rahsia yang hanya diketahui oleh kelompok kecil yang dekat dengan Marcos.
Misi
Misi itu diberi nama Operasi Merdeka. Rencananya ialah unit khas berkenaan mahu dikirimkan ke Sabah. Mereka ini akan membuat kacau termasuk menggunakan perang psikologi untuk menghasut rakyat di Sabah supaya berpisah daripada Malaysia yang baru dibentuk tidak sampai lima tahun sebelumnya. Mereka ini juga diberi tanggungjawab untuk mengatur misi kumpulan penceroboh yang lebih besar yang akan mendarat antaranya di Semporna dan Lahad Datu.
Misi itu bagaimanapun tidak pernah lepas landas.
Kumpulan pemuda itu dijanjikan masa depan yang cerah dengan gaji dan kerjaya dalam pasukan tentera. Janji itu bagaimanapun tidak ditepati. Selepas empat minggu berpindah dari Pulau Simunul — tempat latihan pertama — ke Corregidor, kumpulan pemuda dari Sulu itu mula resah.
Mereka menulis petisyen bantahan kepada Marcos memohon antara lain supaya gaji mereka dibayar serta diberikan makanan yang lebih baik, tidak lagi hanya nasi dan ikan masin. Petisyen yang mereka tandatangani itu diserahkan kepada seorang anggota tentera yang juga jiran di kampung — orang yang sangat mereka percayai. Orang kepercayaan itu kemudiannya belot.
Apa yang terjadi selepas itu adalah sejarah berdarah yang sehingga hari ini tidak terbongkar. Episod berkenaan ada dirakamkan oleh dua wartawan kanan Filipina, Marites Dañguilan-Vitug dan Glenda M. Gloria dalam buku mereka, Under the Crescent Moon: Rebellion in Mindanao.
Angka mereka yang terkorban tidak pernah dapat dipastikan tetapi semua catatan hampir sepakat mengatakan bahawa sekurang-kurangnya 23 pemuda Moro terbunuh dalam insiden itu. Mereka yang didakwa terlibat dalam pembantaian itu dihadapkan ke muka pengadilan di mahkamah tentera tetapi tiada siapa yang disabitkan kesalahan.
Saksi mata
Selama 45 tahun, Jabidah hanya disebut sepintas lalu dalam buku sejarah di sekolah di Filipina. Apa yang berlaku di Corregidor 45 tahun yang lalu kini hanyalah catatan di sana sini yang dikumpulkan daripada satu-satunya saksi mata kejadian yang terselamat daripada dibunuh. Episod itu sebelumnya diketengahkan kepada umum oleh Benigno Aquino Jr., ayah kepada Presiden Filipina sekarang, Benigno Aquino III di Parlimen dalam ucapannya 10 hari selepas kejadian.
Selepas 45 tahun, Aquino meneruskan apa yang dimulakan oleh bapanya — mengingatkan rakyat tentang sejarah hitam yang merupakan sebahagian daripada naratif nasional sebuah negara. "Saya ada tanggungjawab untuk meneliti sejarah itu demi mencari kebenaran," katanya semasa berucap pada majlis mengenang 45 tahun peristiwa Pembantaian Jabidah, awal minggu ini.
Aquino adalah presiden yang pertama menganjurkan sebuah majlis mengenang peristiwa itu. Beliau datang ke Corregidor pada Isnin lepas, melawat lokasi kejadian dan mengisytiharkan Taman Keamanan Mindanao sebagai tapak sejarah negara. Taman itu diharapkan akan jadi batu tanda bahawa masyarakat Muslim dan Kristian di Mindanao cintakan keamanan.
Dengan mencari kebenaran daripada insiden Jabidah, Aquino berharap Filipina akan dapat meluruskan sejarah terutama yang berhubung kait dengan tuntutan negara itu ke atas Sabah. Sejarah itu merupakan penanda yang cukup penting dalam keseluruhan naratif sejarah dan politik Filipina.
Perang Moro
Ini kerana episod berkenaan meninggalkan luka yang amat dalam di kalangan masyarakat Islam di Mindanao. Ia dilihat sebagai pemangkin kepada kemunculan gerakan pemisah yang diterajui oleh Barisan Pembebasan Nasional Moro (MNLF) yang dipimpin oleh Nur Misuari. Setahun kemudian, meletuslah perang membebaskan wilayah selatan yang menuntut kemerdekaan Bangsamoro — perang yang sehingga kini memakan korban lebih 120,000 nyawa. Selebihnya, ia jadi kemuncak pertembungan antara masyarakat Muslim dan Kristian di Mindanao.
Aquino sendiri dalam ucapannya menyebut bahawa apa yang berlaku di Lahad Datu sekarang adalah sejarah yang berputar semula — dan bagaimana masyarakat Moro selalu jadi bidak catur yang boleh dikorbankan untuk menyelamatkan raja.
Tetapi usaha meluruskan sejarah bukan suatu kerja yang mudah. Ia selalu dipandang serong dan selalu juga dilihat sebagai muslihat untuk rencana lain. Aquino misalnya dituduh hipokrit kerana baru sekarang ini mahu membangkitkan soal mengenang Jabidah sebagai naratif nasional dan meluruskan sejarah; kenapa tidak sebelum ini?
Pentadbiran Aquino juga sebelum ini dikecam oleh waris Kesultanan Sulu kerana tidak memberikan perhatian kepada soal tuntutan mereka ke atas Sabah. Sepucuk surat yang dikirim oleh Jamalul Kiram III kepada beliau beberapa hari sebelum beliau mengangkat sumpah jadi presiden pada Jun 2010 hilang dan hanya ditemui tidak sampai sebulan yang lalu — ketika krisis terbentuk di Lahad Datu.
Namun, ada nada ikhlas dalam ucapan Aquino apabila beliau mengatakan mengenang Jabidah akan mengukuhkan lagi usaha kerajaannya untuk menangani masalah di Mindanao. "Biarpun apa yang terjadi sudah terjadi, kita hari ini bertanggungjawab untuk memastikan ia tidak berulang lagi," katanya.
Tetapi secara jujurnya, tidak pernah ada istilah "terlambat" dalam meluruskan sejarah. Sejarah yang tertinggal atau ditinggalkan, tercicir atau dicicirkan tidak dapat tidak harus dikutip semula.
Setidak-tidaknya, suatu hari nanti.
Hari itu pasti akan tiba.
Noor Azam Shairi
Thu Mar 21 2013
AWANI Ringkas: Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Oktober 2024
1️⃣ Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
2️⃣ MARA sudah ambil tindakan undang-undang
3️⃣ Golongan rentan terperangkap akibat perang
1️⃣ Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
2️⃣ MARA sudah ambil tindakan undang-undang
3️⃣ Golongan rentan terperangkap akibat perang
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
Bursa Malaysia dijangka berdepan dagangan sempit minggu depan
Ketidaktentuan geopolitik dan pilihan raya Jepun serta AS mungkin memberi kesan kepada Bursa Malaysia, dengan pelabur terus berhati-hati.
Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas oleh serangan Israel - Ketua IAEA
Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat.
Budak 5 tahun ditemukan rentung
Kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.
Erdogan seru Iran bangkit selepas serangan Israel, amaran terhadap konflik serantau
Presiden Turki Erdogan menuduh Israel cuba mencetuskan konflik serantau melalui serangan ke atas Iran, sambil mengingatkan dunia agar tidak terpedaya dengan permainan ini.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.
Anugerah E50 bantu ketengah kejayaan usahawan PKS
Pengiktirafan ini membolehkan mereka membina perkongsian yang kukuh, bukan sahaja dengan syarikat domestik tetapi juga dengan pelabur asing.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro AWANI dinobatkan pemenang kategori Liputan Berita TV Terbaik menerusi Pantau Agenda Reformasi, Grafik TV Terbaik dan PSA dan Kapsul TV Terbaik bagi kempen Enam Negeri Memilih dan Kesan Khas TV Terbaik bagi kempen Malaysia Memilih: Mari Keluar Mengundi.
Ribut Tropika Kristine: 4 negara ASEAN hantar bantuan ke Filipina
Empat negara Asia Tenggara menghantar bantuan ke Filipina untuk menyokong usaha pemulihan berikutan kemusnahan yang disebabkan oleh Ribut Tropika Kristine (Trami).
Taufan Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana ke Filipina
Malaysia menghulurkan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) kepada Filipina susulan taufan Tropika Trami yang menjejaskan puluhan ribu penduduk negara itu.
Taufan tropika Trami ragut 46 nyawa, 20 lagi hilang di Filipina
Angka korban akibat taufan tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Kristine di Filipina setakat ini
Kementerian Luar memaklumkan bahawa taufan ini dijangka keluar dari kawasan tanggungjawab Filipina pada Jumaat, dan rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan agar berwaspada.
Duterte tak hadir pendengaran Jawatankuasa Quad mengenai pembunuhan luar bidang kehakiman
Bekas Presiden Rodrigo Duterte tidak menghadiri sesi pendengaran Jawatankuasa Quad House mengenai pembunuhan di luar bidang kehakiman (EJK) yang dikaitkan dengan kempen antidadahnya.
TPM Zahid sasar tingkatkan hubungan Malaysia-Filipina melalui industri TVET dan Halal
Eksport halal Malaysia ke Filipina meningkat 7.4 peratus pada 2023, menjadikan negara itu destinasi eksport halal Malaysia ke-8 terbesar dunia.
Ahmad Zahid berjumpa Ferdinand Marcos Jr, komited kukuhkan kerjasama bilateral dengan Filipina
Ahmad Zahid melakukan kunjungan hormat terhadap Presiden Filipina, Ferdinand Romualdez Marcos Jr, sempena lawatan rasmi tiga hari beliau ke negara itu.
Kes rabies di Filipina meningkat 23 peratus
Pada Ogos, DOH Filipina menyatakan sekurang-kurangnya 10 wilayah di seluruh negara menunjukkan peningkatan dalam kes rabies.
Tiada penghantaran pulang besar-besaran dari Lubnan, Filipina pertimbang tahap amaran 4
Masih tiada penghantaran pulang besar-besaran rakyat Filipina dari Lubnan, tetapi negara itu bersedia melaksanakannya jika diperlukan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.