TULISAN ini cuba lari sedikit dari tema dan radar tumpuan peristiwa yang berlaku di beberapa negara di Asia Tenggara. Di Malaysia, biar, tidak mengapa analisis demi analisis disiarkan pasca Pemilihan UMNO 2013. Begitu juga Filipina, barangkali masih belum surut dihalakan perhatian terhadap usaha memerangi keganasan di selatan sebelum dan susulan kematian ketua kumpulan pengganas , Jamalul Kiram III pada Ahad lepas.
Di sebalik takut dan trauma kerana keganasan yang bertali arus sejak hampir 10 tahun lalu, ada berita ria disambut lebih 2.8 juta penduduk di tiga wilayah di selatan Thailand, Narathiwat, Yala dan Pattani, malah kadang-kadang Songkhla dan Satun turut digolongkan dalam wilayah selatan Thailand. Beritanya mengenai bahasa. Bahasanya merangkumi bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai peneraju membangunkan bahasa dan istilah ditubuhkan di Pattani pada 12 Oktober lalu. Ia antara lain usaha berterusan memperkukuhkan bahasa Melayu Nusantara.
-Berita gembira-
Peristiwa itu mendatangkan perubahan yang bukan kecil kepada sejarah panjang pemodenan dalam bahasa di kalangan masyarakat di selatan Thailand. Ia disusuli berita gembira lebih awal pada Mac lepas apabila penduduk di Narathiwat, Yala dan Pattani dibenarkan menonton saluran televisyen yang dikendalikan kerajaan dalam bahasa Melayu. Sudah pasti mereka bukan sahaja gembira tetapi syukur dipanjatkan. Perkara itu diakui ada asasnya oleh seorang warga selatan Thailand, yang secara kebetulan terlibat dalam media arus alternatif di Pattani. Kata Mahamasabree Jehloh, untuk satu tempoh yang agak panjang, penduduk di selatan Thailand berkongsi budaya; cara hidup; berpakaian mirip Melayu di Kelantan dan Kedah, tetapi mereka bercakap, bertutur dalam bahasa Thai.
“Ini agak menyeksakan mereka, apabila terpaksa melupakan bahasa asal Melayu, sebaliknya dipaksa berbahasa Thai,’’ kata Mahamasabree, lebih gemar dipanggil Bree semasa saya menemuinya kemudian dalam siri lawatan ke selatan Thailand. Kemudian Bree menambah : “Tidak sedikit kerajaan memerintah mencurigai penduduk Muslim Thailand kerana soal bahasa ini. Mana tidaknya, sekolah pondok, Madrasah, kitab-kitab lama masih mengekalkan tulisan jawi. Manakala ustaz-ustaz pula rata-rata fasih berbahasa Melayu.’’ Kebanyakan sekolah pondok didakwa menerapkan doktrin pelampau dan militan yang melancarkan serangan pemisah di tiga wilayah bergolak.
-Hilang identiti -
Dalam tulisannya disiarkan jurnal Pemikir terbitan Utusan Karya “ Menyelesaikan Konflik di selatan Thailand”, Profesor Dr Kamarul Askandar berkata, sistem pendidikan yang dimodenkan menjadikan warga selatan Thailand takut kehilangan identiti mereka. Dasar 2“Satu Thai” dan nama bukan lagi Siam tetapi Thailand menjadikan mereka bimbang tidak dapat mengamalkan cara hidup sebagaimana dilaksanakan beratus-ratus tahun lamanya. Perkara sepenting bahasa dan identiti ini jadi antara tuntutan dibangkitkan kumpulan pemisah Barisan Revolusi Nasional (BRN) kepada kerajaan Thailand berpusat di Bangkok jika mahu meneruskan dialog damai diselia Kuala Lumpur.
Antara lain BRN mahu bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa rasmi dan bukannya bahasa Thai walaupun Thailand sudah meminda konsep negara bangsanya daripada Siam kepada Thai. Perlu diingat, apabila namanya Thailand, bererti negara bebas, bangsa Thai bukan sahaja terdiri daripada kaum Siam, tetapi juga semua warganegara Thailand termasuk Melayu dan Cina yang menetap di situ. Perubahan ini berjalan seiring dengan pindaan bahasa. Bahasa Thai adalah bahasa rasmi wajib digunakan oleh semua warganegaranya tidak kira apa keturunan Thai, Cina, Melayu, Khmer, Mon atau lain-lain kaum. Ini menjadi kerisauan penduduk di selatan Thai, yang majoritinya Melayu-Muslim.
-Sejarah bahasa Melayu-
Dalam sejarahnya, bahasa Melayu bukan sahaja menjadi bahasa rasmi Malaya, kemudiannya Malaysia, bahkan di Indonesia, Hindia Belanda Timur sebelum Indonesia merdeka di mana bahasa Belanda adalah bahasa rasmi dengan bahasa Melayu, turut digunakan. Bagaimanapun, kerana bahasa Belanda sukar difahami, bahasa Melayu dipakai secara meluas tanpa mengira kaum. Kerana itu, pejuang kebangsaan Indonesia menggunakan bahasa Melayu sebagai Bahasa Indonesia yang kemudiannya dipakai merangkumi keseluruhan wilayah Indonesia Acheh ke Papua Barat.
Begitu juga di Singapura dan Brunei. Apabila Singapura keluar Malaysia, bahasa kebangsaannya tetap bahasa Melayu, dengan bahasa Inggeris dituturkan secara meluas bersama-sama bahasa Mandarin dan Tamil. Bagi Brunei, apabila mencapai kemerdekaan, mengambil bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kebangsaan. Jelas di sini bahawa bahasa Melayu digunakan di Malaysia; Indonesia, Singapura dan selatan Thailand. Jika tidak dijaga atau dipugar, bahasa yang menjadi identiti bangsa ini akan pupus.
Justeru, perkembangan kecil di selatan Thailand, melalui penubuhan DBP bahasa Melayu di Pattani itu, seharus dan sewajarnya diangkat mega oleh pencinta bahasa dan bangsa.
Dr Azlinariah Abdullah
Tue Oct 22 2013

Ada kemungkinan beras tempatan dan import dicampur oleh pengilang - MPM
Pengerusi Kluster Sekuriti Makanan, Majlis Perundingan Melayu (MPM), Syed Zikiri Syed Hassan Shahabudin berkata ada kemungkinan besar beras Super Special Tempatan dan beras import dicampur oleh pengilang sebelum dipasarkan kepada pengguna. Jelasnya, kesimpulan itu dibuat memandangkan kualiti dua jenis beras itu hampir sama dan pengilang menanggung kerugian akibat kenaikan harga lantai beras baru-baru ini.
Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan - CFOS
Presiden Barisan Pengguna Sabah (CFOS), Nordin Thani berkata Kerajaan perlu tambah baik sistem amaran bekalan makanan bagi memastikan intervensi boleh dilaksanakan lebih awal sebelum tahap kritikal. Jelasnya, kelemahan indikator keterjaminan makanan nasional ini telah menyebabkan masalah yang sama berulang berkali-kali.

PRK Pelangai: Amizar tekad tingkat tahap pendidikan masyarakat Orang Asli
Datuk Amizar Abu Adam bertekad meningkatkan akses dan tahap pendidikan masyarakat Orang Asli, jika diberikan mandat oleh rakyat kawasan itu, 7 Okt ini.

STEM penting untuk pembangunan negara - Mohamad
Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) penting dalam pembangunan negara sekali gus membantu memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju.

EU sekat penjualan mikroplastik
Suruhanjaya Eropah sekat penjualan mikroplastik dan produk yang secara sengaja mengeluarkan mikroplastik semasa digunakan, menurut kenyataan suruhanjaya itu pada Isnin.

Kesusahan Zaiton Sameon dapat perhatian LZS
Kepayahan hidup penyanyi popular era 80-an, Zaiton Sameon, 67, yang memohon bantuan kewangan kerana hidup sebatang kara mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Malaysia Airlines lancar penerbangan baharu ke Kertajati Indonesia
Malaysia Airlines memperluaskan rangkaiannya di Indonesia dengan memperkenalkan penerbangan terus baharu terus dari Kuala Lumpur ke Kertajati bermula 30 Oktober ini.

Lelaki cedera kereta dihempap pokok di puncak Gunung Jerai
Seorang lelaki mengalami cedera ringan setelah kenderaan dinaiki dihempap pokok dalam kejadian di puncak Gunung Jerai kira-kira jam 6.55 petang Isnin.

Musim menuai di Kedah bantu pulih bekalan beras putih di pasaran
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yakin masalah kekurangan beras putih tempatan di pasaran domestik akan dapat dipulihkan susulan musim menuai di negeri Kedah telah bermula.

AMK, NGO buat laporan terhadap Ahli Parlimen Putrajaya
Laporan itu dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan.

Usaha martabat Bahasa Melayu menerusi Simposium Antarabangsa Aspirasi Bahasa Melayu 2023
SAABM 2023 ini adalah aspirasi daripada Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu 2022 yang telah diadakan pada 22 hingga 24 Mei 2022 di Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kolej Thailand tubuhkan Kursi Ismail Sabri perkasa Bahasa Melayu
ia merupakan kursi pertama di institut pengajian tinggi di Thailand yang khusus untuk pengajian dan penyelidikan ketamadunan Melayu dan Bahasa Melayu.

Khutbah Arafah musim haji 1444H diterjemah ke 20 bahasa dunia termasuk Bahasa Melayu
Pada tahun ini ada enam bahasa baharu ditampilkan sebagai tambahan iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia.

Duta Malaysia ke China martabatkan penggunaan Bahasa Melayu di China
Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, menyumbangkan sebanyak 33 buah buku Bahasa Melayu terbitan DBP kepada SISU dalam usaha memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di republik itu.

Pertahan Bahasa Melayu tidak bererti perkauman - Wan Ahmad Fayhsal
Tindakan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mempertahankan ucapan dalam Dewan Rakyat tidak boleh dilihat sebagai perkauman.

AG saran teks BM jadi versi rasmi Perlembagaan Persekutuan
Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun hari ini mencadangkan agar edisi Perlembagaan Persekutuan yang diterjemah ke Bahasa Melayu menggantikan teks asal dalam Bahasa Inggeris sebagai versi rasmi.

Mengapa bunuh "oleh?"
Perkataan "oleh" adalah "kata sendi nama" untuk menunjukkan pembuat dalam ayat-ayat pasif.

Ismail Sabri suri teladan dalam julang bahasa kebangsaan
Beliau meletakkan penanda aras yang tinggi dalam memartabatkan bahasa Melayu, sekali gus mempromosi identiti Malaysia di pentas dunia.

U-Wei berucap, umum pemenang dalam Bahasa Melayu di Festival Filem Antarabangsa Moscow
U-Wei memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu sebagai salah satu cara beliau memartabatkan bahasa ibunda.

Apa beza sheep dan goat? Pejabat AG, kementerian ditegur campur bahasa dalam RUU
Sebelum teks RUU berwarna biru dibentang, tolonglah semak betul-betul, tegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat.