Minggu ini, saya tertarik dengan satu acara anjuran syarikat sukan antarbangsa, Nike membabitkan bintang Barcelona dan Brazil, Neymar.

Nike mengatur perjumpaan khas buat Neymar bertemu Muhammad Syafiq Salmi, pemain dan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Victoria (V.I).

Syafiq adalah seorang pemain berbakat buat V.I yang menyifatkan Neymar sebagai idolanya.

Justeru Nike, merealisasikan impian Syafiq untuk bertemu dengan bintang generasi baru Brazil itu.

Neymar bukan saja bermain bola sepak dengan Syafiq, tetapi juga dengan rakan sepasukan sekolahnya di V.I.

Lebih menarik,Neymar menjemput Syafiq di rumahnya untuk bermain bola sepak.

Acara yang dianjurkan Nike ini mungkin tampak seperti promosi pemasaran, tetapi ia menyentuh kehidupan seorang pemain muda berbakat sepeti Syafiq dan mampu menjadi pendorong buatnya berjaya di masa depan.

"Ia memang menarik melihat, bagaimana dengan seorang atlet muda seperti Syafiq kita dapat memberi dorongan kuat buatnya, dengan menemukannya dengan pemain pujaannya.

"Ketika dalam perjalanan ke V.I, saya dapati Syafiq seperti tidak percaya, kami membawa Neymar untuk menjemputnya bermain bola sepak.

"Kami berharap, dengan adanya acara seperti ini, ia mampu menyuntik kejayaan buat Syafiq berjaya sebagai pemain profesional di masa depan," kata Pengurus Pemasaran Nike Malayasia, Robin Kok ketika saya menemuinya Jumaat lalu.

Bagi Syafiq, Neymar seorang yang merendah diri.

"Saya memang macam tidak percaya, apabila Neymar datang menjemput saya di rumah.Dia sebenarnya seorang yang peramah dan dia turut, menasihatkan saya untuk kekal dengan komitmen tinggi jika mahu berjaya.

"Dia juga menasihatkan saya untuk cuba menjadi pemain yang lebih baik daripadanya," kata Syafiq ketika ditemui Jumaat lalu.

Malangnya, ketika acara ini berlangsung,..urusetia penganjur perlawanan Barca-Malaysia tidak membenarkan wakil media tempatan membuat sebaang temu ramah dengan Neymar.

Sepanjang kunjungan Barca ke Malaysia, peluang mendapatkan temubual dengan pemain dan pegawai kelab itu begitu terhad.

Namun, ketika sesi latihan Barca di Stadium Nasional Jumaat lalu, wakil media Sepanyol dibantu urusetia penganjur untuk menemuramah pemain-pemain Barca.

Tetapi media tempatan seperti tidak diendahkan.
Ia tidak berubah seperti peribahasa Melayu, kera di hutan disusukan,anak sendiri di rumah mati kelaparan.
Selain tumpuan terhadap kunjungan Barcelona, media arus perdana turut memberi tumpuan terhadap kepulangan bekas atlet olahraga, Ishtiaq Mubarak ke rahmatullah Jumaat lalu.

Allahyarham meninggal dunia dirumahnya di Ulu Klang, selepas ditemui pengsan ketika berada dalam bilik air dan disahkan meninggal dunia pada jam 9.55 pagi Jumaat lalu.

Allahyarham adalah antara atlet terbaik negara menerusi acara 110m lari berpagar dan pernah layak ke separuh Sukan Olimpik Montreal 1976.

Allahyarham turut mencapai beberapa kejayaan di peringkat Asean dan Asia sekitar era 70an.

Pemergian Ishtiaq adalah kehilangan kedua negara dalam dunia sukan bulan ini, apabila sebelum ini pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya 1 Ogos lalu.

Di sini saya ingin mengucapkan takziah, kepada balu Allahyarham,Shamimi Selvarani Abdullah sekeluarga dan tabah menghadapi ketentuan Ilahi.