awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

Google sasar penyertaan Gemini sebagai pilihan terbina pada iPhone seawal tahun ini

Amanz
Amanz
01/05/2025
06:10 MYT
Google sasar penyertaan Gemini sebagai pilihan terbina pada iPhone seawal tahun ini
Apple telah memperkenalkan Apple Intelligence dan integrasi ChatGPT pada iOS dan macOS, memudahkan akses kecerdasan buatan. -Amanz
CEO Google Sundar Pichai hari ini berkongsi di mahkamah yang mana mereka dalam perbincangan bersama Apple, dan menyasarkan untuk menambah sokongan Gemini secara terbina pada iPhone, seawal tahun ini.

Ringkasan AI
  • CEO Google Sundar Pichai berkongsi bahawa mereka sedang berbincang dengan Apple untuk menambah sokongan Gemini pada iPhone seawal tahun ini.
  • Apple telah memperkenalkan Apple Intelligence dan integrasi ChatGPT pada iOS dan macOS, memudahkan akses kecerdasan buatan.
  • Apple dijangka berkongsi lebih lanjut mengenai Apple Intelligence dan ciri iOS 19 pada acara khas pembangun pada Jun 2025.

Seperti ramai sedia maklum, Apple sebelum ini telah memperkenalkan integrasi sokongan kecerdasan buatan dinamakan Apple Intelligence.
Ketika pengenalan tahun lepas, Apple turut menambah sokongan integrasi ChatGPT pada iOS dan macOS melalui Siri serta beberapa fungsi lain, sekali gus memudahkan pengguna dalam mengakses sokongan kecerdasan buatan berkenaan.
Ketika pengenalan sendiri Apple sedia dipetik menyatakan terbuka untuk menambah penawaran pihak lain, dan sedia berbincang dengan Google.
Untuk makluman, Google dan Apple sedia bekerjasama sekian lama, dan Google turut membayar Apple untuk menjadi enjin carian utama pada produk keluaran Apple.
Apple sendiri menyasarkan acara khas memfokuskan pembangun pada Jun 2025 ini, di mana mereka dijangka berkongsi lanjut berkenaan penawaran kecerdasan buatan Apple Intelligence, selain ciri lain yang akan hadir pada iOS 19 kelak.
Mungkinkah kita akan melihat penyertaan Gemini melaluinya? -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#Sundar Pichai
#sokongan Gemini pada iPhone
#Apple Intelligence
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.