20,000 peserta, satu semangat di Sarong Music Run 2026
Kain sarung menjadi simbol identiti dan kebersamaan masyarakat Malaysia menerusi Malaysia Sarong Music Run 2026 yang kembali untuk edisi ketiga pada 19 September ini di KLCC, menghimpunkan 20,000 peserta tempatan dan antarabangsa dengan JETOUR sebagai penaja utama, selain menampilkan larian 5 kilometer, persembahan muzik, aktiviti budaya serta program keluarga yang meraikan warisan dan kreativiti tempatan.