Semangat Merdeka, Jalur Gemilang berkibar di dasar samudera
Semangat kemerdekaan boleh diraikan dalam pelbagai cara, bahkan hingga ke dasar samudera.
Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-69 pada Isnin, sekumpulan penyelam memilih dasar laut Pulau Tenggol, Terengganu sebagai lokasi mengibarkan Jalur Gemilang.
Bukan sekadar sebuah selaman, tetapi ia satu cara tersendiri dalam menzahirkan rasa cinta kepada tanah air.