Skip to main content
Advertisement
Agong titah ahli politik tidak cetus provokasi isu sensitif

Agong titah ahli politik tidak cetus provokasi isu sensitif

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menitahkan supaya semua pemimpin politik untuk menjaga adab dan tutur kata serta berhati-hati apabila membuat sebarang kenyataan.

Sultan Ibrahim bertitah, ahli politik hendaklah tidak mencetuskan sebarang provokasi terhadap isu sensitif terutama menjelang musim pilihan raya yang menjadi medan untuk menonjolkan diri bagi memikat hati rakyat.

Sultan Ibrahim bertitah pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Isnin.
Advertisement