'Ada sesuatu pelik yang tidak dikehendaki oleh ahli politik'
Usaha kerajaan memperkukuh integriti dalam kalangan ahli politik menerusi pelbagai pelan antirasuah sebelum ini masih berdepan cabaran untuk dilaksanakan secara berkesan, termasuk keperluan pengawasan terhadap sumbangan sektor swasta kepada parti politik, kata Presiden Institut Integriti dan Tadbir Urus Malaysia (MIG) Datuk Seri Akbar Satar.