Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menuju ke ibu negara mula perlahan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama di Semenanjung Malaysia dilaporkan bergerak perlahan menghala ke ibu negara petang ini berikutan orang ramai pulang selepas cuti panjang bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Cina dan sambutan awal Ramadan.