Astro 30th: Terima kasih Malaysia, angkat kisah dan bakat tempatan
Sempena Hari Kebangsaan dan ulang tahun ke-30 Astro, Dataran Merdeka malam tadi disinari pertunjukan dron dan pentas yang mengangkat kisah serta bakat tempatan.
Menerusi acara Light Up Astro, dua karya terbaharu Astro Shaw, "Terbang" dan "Kudrat 1968", turut diperkenalkan kepada rakyat Malaysia dan dihadiri lebih 15,000 pengunjung.