Sarawak Memilih: Nurfatin menang tanpa bertanding di DUN Bekenu
Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Nurfatin Syafawani Tahamat diumumkan menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.71 Bekenu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.
Pengumuman itu dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Arshad Samshu selepas calon Bebas, Nordin Mus, yang sebelum ini mengemukakan borang penamaan calon, menarik diri daripada persaingan di kerusi tersebut.