Pensyarah Kanan Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Zaireeni Azmi berpandangan pekerjaan dan pendapatan sahaja belum mencerminkan kemerdekaan ekonomi wanita. Pemilikan aset, akses kepada modal, kuasa membuat keputusan serta pilihan untuk kekal dalam pasaran kerja turut menjadi ukuran penting.