Isu jerebu rentas sempadan yang membelenggu negara terutama di Sarawak dijangka antara tumpuan perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada Sabtu ini.
Pesuruhjaya Tinggi Malaysia Ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan berkata, perkara itu dijangka dibincang pada pertemuan empat mata antara kedua-dua pemimpin sempena lawatan kerja dua hari Anwar ke Brunei.
Wartawan Assim Hassan yang berada di Bandar Seri Begawan, ada laporannya.