Empat petugas kesihatan KKM disahkan terlibat - Dr Dzulkefly
Insiden helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) Kementerian Kesihatan (KKM) yang dilaporkan terhempas di Ulu Baram, Sarawak disahkan membawa empat petugas kesihatan di bawah kementerian itu.
Menteri Kesihatan, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad berkata, ia meliputi seorang Pegawai Perubatan, seorang Penolong Pegawai Perubatan dan dua jururawat yang sedang dalam tugas rasmi.