[TERKINI] Dakwaan syarikat Malaysia terlibat belum disahkan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan terdapat syarikat Malaysia terlibat dalam pembakaran terbuka di Indonesia masih belum disahkan. Bagaimanapun, beliau menegaskan Malaysia tidak akan mempertahankan mana-mana syarikat yang didapati bersalah dan menyokong tindakan undang-undang oleh pihak Indonesia.